Tuesday, December 20, 2011

this is not so called egoistic


Aku,
pada satu tahap akan mengikut kepala sendiri
walau apa kata orang
sebab aku tahu apa aku mahu buat
sudah aku rancang rapi-rapi dalam kepala

masalahnya,
aku teramat suka ambil risiko.
tidak kira waktu apa pun.
teramat suka dan selalu
bukan malas nak peduli
tetapi aku suka merasa situasi itu
adventure, kata orang
kadang-kadang aku mencabar secara selindung
dan aku,
bila sudah set apa aku mahu
degil aku akan menjadi sekeras batu.

tak rumit,
aku cuma suka mencuba perkara yang lain
rare.


hey,
perkara yang bukan dalam kotak hidup kita yang sekarang
kalau sekali sekala kita cuba,
kita lompat keluar sekejap dari kotak,
tak salahkan?
sebab aku fikir, kalau tak buat sekarang,
peluang ni mungkin tidak akan datang lagi

don't you think?


this not so called egoistic.

Sunday, December 18, 2011

heyy




and I,





It's perfectly true that,






But I try must best to. . . . 




Because. . . .







P/S:

Saturday, December 17, 2011

Perhaps,
I'm not needed.

Friday, December 16, 2011

ini bukan terlajak perahu

terencat kata
terlepas bicara

tertusuk sakit
terngaduh sendiri

bak kata pepatah,
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.


walau bait bicara tidak bermaksud apa,
kita tak mampu jamin apa orang lain fikir.


terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.


nah, rasakan aku.

Sunday, December 11, 2011



weh
malu weh

minta duit pada ummi abah

benda yang paling aku mahu elak

malu betul.


tak nak minta lagi 
:(

Wednesday, December 7, 2011

Sampai akhir hela nafas

Hela nafas dalam.

Pandang kanan.
Lama.

Memanglah

Memang aku mahu,
Destinasi hidup aku dengan yang ini

Sampai akhir hela nafas.

patung

apa kau fikir,
manusia itu patung?

tidak bisa meluahkan rasa
serta tidak bisa mempamerkan emosi?

sediam mana pun manusia itu
jangan kau pijak harga diri dia sampai lenyek
biar manusia itu nampak bodoh
sepandai mana kau untuk nampak lebih besar dari dia?

dan manusia itu bukan patung
yang dibawa main
yang bisa dicampak merata
yang bisa diperlakukan apa sahaja
yang boleh tidak dihirau
nah.

amaran keras,
manusia bukan patung.

Tuesday, November 29, 2011

dan bila

dan bila
pasir pantai dan ombak mesra menyentuh kaki
tapi hanya mampu mencuit sedikit senyuman sahaja

apa lagi yang mampu aku lakukan
demi membalut hati yang sedang terkandas di tahap yang paling bawah

apa lagi?

Thursday, November 17, 2011

Hari senang Kau, Aku

Kau
Aku
dan pagi sejuk

Kau
Aku
hirup minum pagi

tidak seperti hari lain di dalam minggu tiap kita
tiap kali Kau, Aku
ada

hari yang begini pasti kita rasa senang
berbual ringan di meja makan
ketawa

senyum lebar pada orang lain
hari yang senang
sampailah

bila Kau, Aku masing-masing pulang
hari senang yang begini pasti selalu dikenang

manis.
melengkapi.

Saturday, October 29, 2011

Lebih terima realiti

bagi aku
jika seseorang yang kamu kenal terasa kusut
dan kamu terasa mahu menenangkannya

jangan bilang ayat penyedap hati semata

aku rasa mereka lebih tega mahu dengar realiti
sebab mereka mahu bangkit
bukan terus duduk membayangkan indah, yang hanya sekadar mimpi sahaja

beri sahaja yang realiti.

Pengadil

"dia tu memang kaki kutuk. hahahaha"
dengan nada gurau. dan aku tahu itu bukan memburukkan dan ianya tidak menyakitkan hati.
hanya berbual ringan dan berjenaka.

seorang mencelah,
"tapi, dia tetap selalu berjaya kan, walau jadi kaki kutuk pon hehe"

yang seorang membalas,
"ini yang kita nampak depan. yang kita tak nampak kita tak tahu. ada la tu amalan dia yang buat dia berjaya sampai macam tu"

aku pandang dia.


well said.


very well said.

senyum lebar aku.

penilaian yang bagus. dan aku sangat setuju.

jangan senang-senang ulas apa-apa berdasarkan apa yang kita nampak sahaja.
dalamkan lagi daya penilaian. sebab kita bukan orang yang tahu segala.

faham?
jadilah pengadil yang baik.
ayuh.

Hampir-Hujan

Aku suka cara Hujan  memaknakan tiap bait lirik lagu ini.
Hanyut aku.







Senyum mentari ku senyum namun senja tetap datang berpantun
Kau janjikan kegelapan kepada ku indah berbeza ditemani bintang

Teman datang dan pergi
Hati bersepah dengan memori
Hujan berbicara dengan ku
Pesan nya agar ku berdiri

Hilang hampir di telan asmara hilang ku percaya ku pada semua nya
Genggaman erat takkan ku lepas biar apapun kata si bintang ku nantikan pagi
Aku hampir di telan asmara hilang ku percaya ku pada semua
Genggaman erat takkan ku lepaskan biar apapun kata si bintang ku nantikan pagi



Tuesday, October 25, 2011


sekali sudah janji..


kalau langgar



aku tak jamin rasa aku nanti tak retak

sejujurnya

sejujurnya
tahap perkasa aku sudah kurang
rasa yakin pada diri makin terpenyek
aku bergelut dengan diri sendiri
tak mampu untuk bersuara sebenarnya
pasti salah bila aku lontar suara
jadi, dihadapan kebanyakan orang,
tahap yakin aku untuk diri sendiri makin kecil

sampai aku mahu duduk sembam muka sahaja
malu, dan buntu. kenapa sudah berbulan rasa yakin pada diri tipis
misteri pada diri
penat tahu?
berlawan dengan sendiri

heh
ada pula rasa pilu di hati waktu kebelakangan hari
diam sendiri aja
saya ada air mata.
mengalir dalam hati

hmm
jangan buat aku seperti tidak wujud
boleh?

Thursday, October 13, 2011

bukan suka2 je aku nak pendam

sebab aku tahu
kalau aku luahkan semua pada orang
tak siapa mampu dengar

Sunday, October 2, 2011

akar serabut

damn.

Tuesday, September 27, 2011



"harimau itu garang"
orang cakap

"tajamnya taring,tercarik gerun"
orang lari


langsung tak mahu dekat.

yang orang lain tak nampak
harimau itu garang bersebab.

sad.

tak kisah la aku dapat lambat pun




yeay.

Sunday, September 25, 2011

pernah kamu terpandang itu jijik.
tiba-tiba, terbuka pandangan kamu.

kamu nampak itu cantik.

senyum lah.
jangan malu.
asalkan kamu belajar dari guru terhebat,

pengalaman.
otak terbejat.

walhal hati melonjak-lonjak mahu menulis.
sentiasa.
heh.

aku fikir,
bosan sungguh kalau jadi pesimis.
bersangka terlebih awal.

hmpp.

aku...............
hish

terbejat lagi.

makanan baru, semalam









hey, aku senang sekali membaca yang ini.

Thursday, September 15, 2011

reminder

nak bandingkan diri dengan orang lain buat apa.
cukup kalau kau buat yang terbaik.

kalau hari ni kau paling tinggi
bukan selalu kau boleh bertahan pun.

cukup kau nilai diri sendiri
cukup kau dorong diri untuk buat yang terbaik
kalau hari ni orang tak nampak
esok lusa pasti orang perasan
heh, jangan fikir buat untuk orang nampak.
I mean, people always notice on how you carry yourself
just do the right thing.
Allah always knows :)

Monday, August 22, 2011

workplace




 I stick the inspiration note. To keep my 'work mode' on.


Calculating the ot on the punchcards on the table. It's a nice place to take your nap for a while here. When break-time, of course.hehe (gilo apo tido maso keje)


I'm glad I have the chance meeting with the same workmates, after 3 years.
They are they. Not changing at all.
The different is just with their status. Married, have one more children or two, got promoted, etc...
Ahaha my big boss now is someone from eng dept. He never changed. Everyone else too.
It feels good when we were still remembered. Do we?

Wednesday, August 3, 2011

kerja

kerja

kerja

kerja

.
.
.
.

amanah.

Ujian

dia sedang diduga


gelisah


kacau


menung


jalan selesai sangat gelap
tidak nampak apa-apa.
buntu dia
masa makin singkat


ada manusia
dari satu sudut hanya mampu melihat
sedih dia rasa
hanya mampu menggunakan telinga
dan hanya mampu berdoa
dalam hal yang lain
dia langsung tak daya


persoalan dan persoalan
dijawab dengan
bagaimana dan bagaimana

Tuhan,
tabahkan mereka.

Monday, August 1, 2011

makin aku lihat dunia
makin aku faham
ya, duit bukan segala-galanya.
tapi kita perlu duit untuk hidup.

kos sara hidup pun makin tinggi.


heh. malam makin larut. aku tak mampu menghurai hari ni.
selamat malam.
selamat menyambutr bulan ramadhan wahai kalian.

tak banyak istimewa

aku
tidak ada banyak istimewa.

selalu mahu belajar tentang hidup 
tetapi selalu juga buat salah.

aku
membosankan.
kadang-kala tidak banyak bersuara.
sepatah ditanya maka sepatah aku jawab.
membosankan.

tidak ada banyak istimewanya aku.
kalau orang lupa kewujudan aku,
aku rasa aku maklum mengapa.
kiranya seperti "oh.. memang logik pun orang lupa"

heh.
cuma aku harap.
selagi aku wujud
aku mahu meringankan rasa orang lain.
kabur kenyataan bunyinya

biarlah.
aku tak nak kenyataan harapan aku jadi jelas.
aku sendiri pun tidak dilihat jelas.
aku sendiri pun kabur dengan diri aku.

angin petang

aku dekat dengan dia.
sama dengan si bertayar dua.
hari petang dan senja sedikit lagi menyapa waktu.

aku belakang dia.
renung awan petang
ekor mata suka pula lihat dia

urat tangan makin timbul
kulit tangan makin gelap
rambut makin panjang

 terus aku senyum sendiri
macam-macam sudah aku lihat

tayar bergerak biasa
tapi selalu aku minta ia bergerak lebih perlahan
angin petang menampar-nampar

terus aku bilang
"sukalah angin petang begini"

dalam erti kata lain.
sukalah awak ada dengan saya,pabila waktu angin petang menyapa.

Monday, July 11, 2011

Yang pertama




seriously,pertama kali keluar jumpa kamu.
saya blur.


mengimbau kenangan :)

Friday, July 1, 2011

A walk to remember

petang kian hilang.
senja mula menjengah.

derap langkah perlahan.. memori makin mendakap jiwa.
alahai..... zaman sekolah.

dengan mood petang yang kian ke senja.
layar ingatan betul-betul mengusik jiwa.

lot-lot kedai.....
bus stop....
pagar sekolah...
tuisyen.....
jalan raya....
ruma-rumah....
cantiknya permandangan.
cantik...


sayangnya kenangan.
sayangnya semua.
terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.
semuanya.
pengalaman, bukan semua orang rasa sama.
kan?

sebab itu,
aku akan simpan kemas-kemas.

sungguh,
pengalaman, memang guru terbaik.
:)


 jalan aku selalu guna dulu-dulu


 view senja yang betul-betul buat aku layan blues


 yeah vintage


save the last for the best.
ini lagi vintage!
Nini, I like this! :) smart seyh! :)

Saturday, June 25, 2011

rindu

rindu


rindu



rindu


rinduuuuuuuuuu! makin sibuk sekarang.

Saturday, June 18, 2011

yang aku percaya

setiap kamu ada kepala
maka dengan itu setiap kamu ada idea
dan aku percaya,
setiap kamu bisa memberi pandangan mengenai sesuatu
jangan takut untuk lontarkan
idea kamu mungkin membantu


setiap kamu ada hati
maka dengan itu aku percaya
walau sekejam mana pun kalian
apabila bahagian lembut hatimu tersentuh
semut yang lalu pun tidak akan mati dipijak.
lembut.




hoi. rindunya nak mencoret.

Ungkapan #2

"I rather believe in human, than the computer"


-Dr Ju Neng, Pensyarah Subjek Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat




ngeee.
good looking lecturer, can't take my eyes of you :)
hehe

Wednesday, June 8, 2011

waktu memang berjalan pantas, kan.

tahu tahu esok mula mengenang.

Sunday, May 22, 2011

ada benda yang aku fikir.




hidup, jangan bagi banyak alasan.
sekali-sekala keluarlah dari zon selesa.
lalui je.baru dapat rasa rempahnya.
ya?

hidup, jangan cakap buruk pasal orang.
kita bukan bagus sangat.
jangan senang melabel orang begitu dan begini.
tutup aja aib mereka.
siapa kita untuk melakukan semua itu?
ada sebab yang sekian-sekian berbuat itu dan ini.
jangan buat.




aku tak suka.
aku tak suka.
aku sangat tak suka.
elakkan dari jadi begini ya.
mudah-mudahan kita semua boleh.
aminnnn.


Tuesday, May 3, 2011

hai, selamat pagi 3 Mei.



pukul 6 lepas  subuh sudah keluar.
naik ktm menuju ukm.
perjalanan  hampir  1jam 40minit.
sampai di Bangi, hujan sedang lebat.
"ah, payung tiada pula. redah aja lah"

tidak berapa kuyup.
tetapi cukup membuat aku menggigil  bila terkena angin sejuk.
lagi-lagi di bawah aircond.
aku di library sekarang.
persoalan,
adakah aircond ini memang rendah suhunya atau aku yang terlalu basah?
badan rasa tidak enak.
tidur pun tidak mahu.pening.
alahai...
aku sedang tunggu pukul 3.
mahu ketemu sama pensyarah tesis.
aku cuma perlu
bertahan
untuk sedikit jam lagi.
uiiiiiii

sejuklah wei.
(-.-)

Thursday, April 28, 2011

pagi subuh.


hujan lebat malam tadi.
menggila, dengan suara kilat gerun.
sedar-sedar, blok aku blackout.
panas mula dirasa.
nyamuk-nyamuk mula mengejar hidangan badan.

dalam samar aku lihat suasana gelap gelita.
tetapi sekelilingku bergerak.
entah.
aku selubung selimut, dan tidur semula.


sedar-sedar semula,
sayup-sayup aku dengar laungan azan.
lembut.
6 a.m
sayup... syahdu.
aku terasa mahu menangis.
besarnya kamu Allah...
hinanya aku.
hina.
aku hambaMu yang jijik.
tapi,
masih Kau lembutkan hatiku.
Kau masih beri kasih sayangMu pada aku..
Kau benar-benar ar-Rahim...

Ya Rahim... aku tidak mahu lari dari dakapanMu.
bimbinglah aku ya Allah...
perluaskan jalan cahayaMu pada 'kami' Tuhanku...


aku hambaMu yang jijik.






pagi subuh.
sejuk mencengkam
badan meringkuk di penjara katil
konon tidur itu raja.
heh,
waktu azan dilaung.
terus terkaku
batin tercelik
tidur itu nikmat
tidur bukan raja

hati kuat meronta
mohon cepat.
mohon cepat...
dia bilang.
"Tuhan aku sedang tunggu aku"

sentap.
menangis mata hati.
maka digegaskan diri menyuci
digegaskan diri menghampar sejadah
hati diam
tidak meronta lagi
malah tersenyum.
dia bilang
"aku hidup, bila dekat dengan Tuhan aku"
Allahuakbar.
lalu badan bersujud.
lama.
rasa dekat.


Friday, April 22, 2011

mimpi serta impian

aku tahu, tiap orang pasti punya impian.
pasti.

tapi, tiap kamu perlu ingat, tiap impian tak seindah yang disangka.
sebab itu mimpi yang kamu sendiri rancang dan bayang rapi.

hidup tak macam tu.
kamu mungkin dapat impian kamu,
tapi kamu tak semestinya puas hati.

sebab kalau kamu dapat semua yang kamu mahu,
hidup kamu dijamin bosan.
Tuhan kita lebih tahu.
dia akan selalu beri kita yang terbaik.


jadi,
silakan bermimpi dan memasang impian.
cuma, jangan lupa.
sematkan sifat redha dan syukur.

Redang

Kalau ada orang tanya aku, pulau apa yang paling kamu mahu pergi?
aku akan jawab Redang.

kenapa  Redang?
entah. sebab itu Redang. :)


aku sekarang sangat mendambakan pantai.
tolonglah. aku mahu cuti dan baring di atas pasir pantai.
aku mahu melihat matahari dan dibelai angin laut...
aku mahu.......
hmm.
terlalu banyak mahu.


kalau boleh isi masa bersama yang terdekat di sana,
aku lagi mahu.
huhu.

aku rindu perasaan indah di tepi pantai.
haih.
rindu.

Saturday, April 9, 2011

what are words.. *touched*

months ago, I watched his audition video.
damn. I couldn't help but cried.
it touched my heart.
he has a strong heart.
he moves mine, and I'm sure the others too.







this morning, my cousin posted his music video.
damn. I cried again.
this song is for his fiancee.
how I can feel him.
how I can.....
I get through the lyrics.
man. I cried some more.


you really touch my heart Chris. 
I hope your angel will heal.




here, listen. What Are Words - Chris Medina

video






can you feel his love to his fiancee?
I do.
true love, I said.
cause he willing to get through thick and thin with his fiancee.



touched.

Friday, April 8, 2011

hei dude.

saya tak mahu menyusahkan,
saya benci begini,
seperti menuntut perhatian

yang bezanya saya seperti tidak dipedulikan.

maaf,

tapi..

saya betul-betul sunyi sekarang



apa saya patut buat hah? :(

hakikat




dia bayangkan,
disepak, ditampar, dituduh, diludah.
ptuih!
baru dia sedar

dia tidak begitu kuat lagi
sangat perlu tulang belakangnya
perlahan-lahan dia jerit "to..longg.."


ptuih!
diludah lagi
panggg! 
ditampar.
"sudah aku bilang, kau harus kuat sendiri! walau kau bukannya bersumpah tapi aku semat tekad kau dahulu!"


"to..longggg..." lemah dia berbunyi
"diam kau! sudah aku bilang, berdiri di kaki sendiri! kenapa mengharapkan bersandar pada angin? tidak tentu ada! malu!!"

"aku tahu... tapi.. aku baru sedar... ini hakikat.. kau tetap perlu bersandar pada dia... kau bukannya tahan sentiasa..to...longgggg..' dia menjawab.

pangggg!!
"kenapa kau longlai! aku benci! kau bersandar tapi bila tiba saat dia hilang kau akan jatuh terlentang! itulah angin!!!tengok kau sekarang! bila kau sudah bangun, gagah kembali, barulah angin muncul lagi. tegar kau untuk terlentang lagi? itu bodoh namanya!"


"ini bu..kan bodoh.. sekuat ma..na.. pun kau.. kau tetap.. perlu sandaran.. kau sebenarnya mahu... juga kan.. ini.. ha..ki...kat....." tangis dia.

"kau fikir aku mahu mengaku aku mahu? kau fikir aku mahu rasa itu?"

"kau.. tutup diri... dengan benteng... sebab kau... tak dapat tahan... sakit rasa itu..kan...bukankah itu...takut...."

pangg!!!
"diam kau!!!!"

lalu dia yang longlai itu tersenyum tawar....
"sekurang-kurangnya.... aku tahu hakikat......"




-  -   -     -        -          -
kamu tahu, susah benar bila kamu berlawan dengan diri sendiri.
halangan kamu yang paling besar.
tahniah, bila kamu mampu.

Tuesday, April 5, 2011

Karangan waktu tahun akhir sekolah menengah


sekeping kertas yang ditangkap oleh mataku.
aku capai dan aku baca.
heh.. kenangannya.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      
  There was a rumble of thunder in the distance, followed by a strong gust of wind that send dried leaves flying like a scene out of a horror movie. A short while later, raindrops started falling, the droplets getting bigger as the ferocity of the wind picked up, sending the trees swaying back and forth. That time it was dark outside. Everybody was hurrying, looking for a shelter, except for Luna. She was still at the shore, did not care what was happening around her. Staring at the sea, waiting.
        Suddenly, "Luna! Let's go home! It's raining! You have to go back home!" shouted her mother, Hope. Luna was pretending not to hear her voice. She was still staring at the sea even though the sea was black. Hope reached Luna, then stand in front of her, looking deep into her eyes. She saw sadness in Luna's eyes.
"Luna, listen to me. Let's go home. It's not safe out here and you will catch yourself a fever if you let yourself dripping wet and cold like this. Let's go home and take a hot water. This will make you feel so much better" Hope said, softly. "No. Everything I do will not give me a better feeling! I will wait for him here! I know he will come back! I know he will and I want to be the first person he sees when he reaches this shore!" Luna replied.
       "Luna! Don't you get it! Your brother is gone! Willy is gone! Don't waste your time here Luna... He will not come back..." Hope said, trying to make her faced the reality. Tears were coming from Luna's eyes. She shook her head many times in refusal and said, "no mom...no..." and soon after that, her vision became black.......
      Luna used to have a twin brother named Willy. They were very caring to each other. Luna was always be there for Willy and Willy was always be there for Luna. They were so close and always together all the time. Until one day.... Willy's friends, whose all of them were boys, asked him to join them to go fishing at a small, isolated island. Luna wanted to join them but the boys refused because Luna was a girl. "Girls always cause trouble" they said. Luna watched they gone with a wistful feeling in her heart. Day after that, she waited at the shore but she did not see Willy. She waited for Willy again for the next day but still, Willy was not there. Soon, she continued waiting for Willy to come back at the shore but it was only disappoinment she got in her heart.  
   Luna cried every night. She slept in Willy's bedroom, wearing Willy's favourite shirt and looked at their pictures together most of the time. People and rescue team have been searching and concluded that the boys were sank under the sea. But Luna did not believe that. She waited for Willy everyday at the shore, even in a bad weather hoping her twin brother would be come back. She missed Willy everyday and always stared to the sea. Luna's behaviour worried Hope but she could not do anything......
     One good day at the shore, while Luna was waiting for Willy suddenly she felt so sleepy. She then lent on a coconut tree. But soon after that, she heard someone was calling her name. A very familiar voice. she turned her head to the voice and there, she saw Willy the person that she has been waiting for all this time was running to her. Her face then glowed with cheers. She stood up and then ran to get Willy. "Willy!" Luna cried. 
"Yes Luna I'm here..." answered Willy. "Willy where have you been? I have been waiting for you for so long.. I miss you so much Willy.. Mom also..people said you guys were sank under the sea, but I don't believe that. And today it proves that everything they said is wrong..." after saying that Luna cried and hugged Willy.
     "Luna, what they said is true.. We were sank under the sea.. We were in the different world now my dear sister.. I cannot stand it when you waiting for me everyday here.. don't wait for me again Luna.. I will not come back.. I want you to know, that I love both you and mom so much.. be happy like you used to be Luna.. go on with your life.. don't wait for me.. good bye Luna.." Willy smiled and disappeared.
     Luna then woke up. She remembered what she dreamed just now. She realized something that day. Slowly, she headed home....

--------------------------------------------------------------------



kelmarin aku kemas kertas-kertas lama.
dan terjumpa yang ini. memori.
sebab tiap kali aku baca aku selalu teringat tentang apa yang ada di fikiran aku waktu itu.

pantai yang dipukul ribut.
hujan yang lebat.
angin basah yang menampar wajah.
dan... perasaan sayu.

mungkin kalian tidak dapat bayangkan.
tetapi aku, suka sekali bayangan itu.
andai aku duduk di atas batu besar di pantai sebegitu.....
bagusnya.


aku tulis di sini, supaya jika hilang kertas tadi, aku masih boleh gali isinya di sini.
harap-harap, walaupun sudah bertahun,
ia  masih memberi bayangan yang sama seperti aku tingkatan 5 dahulu.

















Sunday, April 3, 2011

:'(

bila fikir balik tentang diri aku.

aku mula terpinga. aku ini orangnya bagaimana ya.
macam selalu menyakitkan orang sahaja.

bila fikir balik tentang diri aku.
betulkah hati aku kuat.
kenapa dijentik sedikit sudah runtuh.
bila fikir balik, mungkin aku ini sensitif sebenarnya.
tapi tidak suka melayan hati.
balut kemas-kemas biar  kebal di mata orang.
hakikatnya, bila pendam lama-lama, aku sendiri yang terjatuh.

aku benci rasa sunyi.

buntu lagi.
fikir balik tentang diri aku.
aku ini orangnya bagaimana ya.

rasa kopi

aku ibaratkan hidup macam rasa kopi.
pahit.

perlu manis gula baru sempurna rasanya.

tetapi,

kalau rasa pahit tu tiada, bukan kopi namanya.
sama macam hidup.







heh, aku suka minum kopi,
yang lebih kopi, kurang gula.
satu jag aku akan habiskan seorang.
suka.

Tuesday, March 29, 2011

Kak Sumi saya

ruang pejabat telah  lengang dan aku sedang tunduk mengemas kertas.
toleh ke meja sebelah, Kak Sumi sedang  mengemas barang-barangnya.

"Aisyah, mari sini"

"It's your last day and I don't have anything to give you.  I found this in my closet."

dia hulur frame shiro petto kuning.

aku ambil. macam biasa, ekspresi  aku blur.

"You take care of yourself ya.. Further your study. Good luck dear you such a smart girl."

terus, dia cium pipi aku. kepalaku diusap lembut.

"you are like a daughter to me"

aku angguk perlahan. terkaku sebentar. ummi aku sendiri tidak pernah cium pipi aku bila umur aku sudah mejejak remaja.

"thank you Kak Sumi"

3 bulan aku di situ, menjadi pembantu dia.
penyabar, penyayang, mesra.

dengan dia kamu akan rasa selamat.
bagai dijaga.

waktu hujung  bulan, musim audit, dia ditimbun dengan kerja yang  sangat banyak.
meja dihempas.

aku hanya mampu melihat. tak pandai untuk mengalunkan kata-kata penenang.
tapi aku faham. setiap hari aku lihat perjalanan kerjanya. sangat banyak.
maka, aku tekad untuk membantu dia sedayanya.
dia banyak mengajar aku tika itu.
nasihat juga tidak pernah lekang dri bibir.

mana mungkin aku lupa Kak Sumi.

salah seorang yang mengajar aku tentang bagaimana untuk bekerja segigihnya.









"thank you, Kak Sumi. Aisyah tak lupa kakak. nasihat kakak Aisyah semat diam-diam dalam hati"

Monday, March 28, 2011

yuna



jatuh jadi milik aku
langsung tidak gagal membawa senyum aku
aku tukar dengan hadiah yang tidak seberapa 
dibalut dengan keikhlasan
kepada si junior, harap anda suka ya
terima kasih yang tak terhingga
akak sangat suka lagu bergenre sebegini
thanks a lot junior.





baru aku sedar.
aku suka terima hadiah rupanya.




aku susur semula masa-masa yang lepas.
sudah lama rupanya aku tidak terima hadiah.


pap! bingo.


padan lah gembira sangat bila dapat hadiah.
walaupun bertukar-tukar.





Sunday, March 27, 2011

heh, lembiknya aku.

sayu sendiri.
aku dibenci dan hingga kini, aku tidak kuat untuk mendekati.



sudah menitis berkali.
 aku benci menipu.
tapi sekarang aku dilabel penipu.
mungkin salah kedua belah pihak.
mungkin juga disebabkan keadaan.


sungguh, aku tidak kuat untuk mendekati.
tak mahu dihadiahkan perkataan benci lagi.
aku makin lemah dan aku hanya mampu menangis sahaja.


ptuihh!
meluat dengan jiwa aku yang semakin hari semakin lemah.
kentalnya sudah hilang ke mana.


yang lahir sekarang hanyalah wajah plastik.







aku dengar lagu sejiwa dan sangsi asmara berulang kali.
sambil bayangkan dia.
sejiwa, pernah dituju untuk aku.
sangsi asmara, perihal hati aku.



sudah, sedih pula datang.

heh, lebih baik aku selubung dalam selimut sambil sembam muka ke bantal sekarang.

Tuesday, March 15, 2011

nama pun sampah

untuk paparan minda korang. tekan PLAY.







good job! funny.
tahniah ya saudara.

wondering, bila pula aku mahu buat sesuatu mengenai environmental awareness?

I'm going to hold a Bsc (hons) in Environmental Science, but yet, no action taken for me to apply my knowledge.

hey kamu, cepat bertindak!

kalian, kebersihan sampah adalah tanggungjawab bersama.
kamu buat sedikit, nanti semua akan kena.

ingat,
"what you did, you'll get back!"


oh, jangan lupa perkataan ini juga.
"domino effect"

susun domino ikut bentuk. seorang buat spoil, habis rosak susunan-susunan domino.



heh, spoil.

Sunday, March 13, 2011

susah senang, sama-sama.

waktu senang, waktu susah, kita patut sama-sama.
going through thick and thin.

rezeki, di tangan tuhan.
sentiasa ingat Dia, sentiasa fikir Dia, sentiasa berdoa pada Dia,
Insyaallah, Dia permudahkan segala.
Insyaallah............
Tuhan kita sangat rindu mendengar kita berdoa kepadaNya.
pemurahnya Dia..
Sesungguhnya Dia betul-betul Ar-Rahman,Ar-Rahim.
sungguh-sungguh Ar-Rahman,Ar-Rahim...

Ya Tuhan, permurahkanlah rezeki kami.

Wednesday, March 9, 2011

tulislah!

hati sentiasa menggesa untuk mencoret.


bila mahu, otak terbejat.

aku mencoret, mencurah rasa dari dalam diri aku.
rasa sekarang tidak cukup untuk aku tuangkan, jika aku mencoret juga, aku tidak akan puas.

tidak puas menulis.
kalian yang menulis pasti faham rasanya bagaimana.


moga-moga, ilhamku pantas datang.

Monday, February 28, 2011

Proton Iswara 1.3 FOR SALE now

































anyone, feel free.
siapa-siapa?


Price: RM 15 000
Reg. year: 2003
Mileage: 130 000 - 139 999
Model: Iswara
Transmission: Manual
Engine Capacity: 1300 cc
Accessories: Sport rims, Alarm

-kereta tahun 2003
-sport rim enkei 17"
-Yokohama 205/45/17
-seat bucket
-vr4 disk break depan belakang
-no cantik 2 angka je
-engine da buat sikit (sesedap rase je buat)
-location : rawang, selangor





harga boleh runding.. untuk pertanyaan,
feel free, call 012-3487223.

Sunday, February 20, 2011

tunggu

setiap hari saya duduk tunggu
saya layan lagu-lagu lembut
getar pula hati saya
saya dapat rasa awaklah
betul. 

saya kuat, saya lemah
ya, dan saya ada tongkat 
sebab tu hati saya masih tegak
saya tak harap awak nampak

saya kehilangan kunci
tapi saya tak pernah cari
sebab saya tahu
kunci ada kat awak

awak,
kalau ditakdirkan saya tiada
simpan baik-baik kunci saya
amanat untuk awak je
sebab saya tahu
awak penjaga terbaik

bicara

Betapa
Tidak kira walau terhimpitnya kau dalam lautan manusia
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan lemas kesunyian

Betapa
Kukuh mana pun jiwa kau
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan tergelincir

Betapa
Biar pelbagai impian pernah kau jayakan
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan menung

Betapa
Walau manis tawa dan senyum  kau
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan tercari serinya

Betapa
Kalau kau betul-betul ikhlas dan jujur
Yang itu sebenarnya tak pernah hilang
Cuma menyorok dan mengintai

hari

Kalau hari itu siang
Saya selalu dongak ke atas
Nampak saya tak?

Kalau hari itu mendung
Saya selalu tenggelam tanpa sedar
Nak tarik saya tak?

Kalau hari itu hujan
Saya selalu biarkan ditimpa
Basah dan sejuk ini, rasa tak?

Kalau malam itu bulan mengintai
Saya selalu merenung
Bulan, tolong intip boleh?

gadis kecil itu dan bibiknya.


dalam kalut, aku menuju ke dalam sebuah kedai.
orang pertama yang aku nampak, seorang wanita di hadapan kaunter bayaran.
diam tercegat.
terus otak mencerna.
"orang Indonesia nih"

kemudiannya aku bergerak menuju ke bahagian barangan jualan.
seusai memilih, aku menuju ke kaunter bayaran.
wanita itu masih di situ.
agak resah riaknya.

tiba-tiba seorang gadis kecil datang.
dari perawakan dan cara jalannya,
sudah dapat dilihat dia orangnya bagaimana.


aku lemparkan senyum.
wajahnya bertambah sombong.
menjeling sedikit.
hmm..tidak mengapa, dia masih kecil.
dia bayar barangnya dahulu.
aku masih senyum seorang.
setelah membayar, dia berpusing ke laluan keluar.

tinggggggg...
dua keping syilingnya jatuh. betul-betul di tepi kakinya.
"kutip!"
sebutnya kepada wanita tadi.
oh, bibik dia rupanya.
tapi...
sombong sungguh nadanya. lagak seperti wanita itu hamba dan dia yang berkuasa.
macam dia yang memberi makan wanita itu.

terus, terlukis juga sengih aku.
gadis kecil itu terus menuju ke pintu keluar kedai.
wanita itu pula mengutip syiling yang jatuh tadi, secara gegas.
takut diherdik kerana lambat pula nanti.

"leh tahan"
terkeluar dari mulut aku.


gadis kecil itu, pada perkiraan aku, berumur lingkungan 8-9 tahun.
wanita itu, pertama kali aku lihat dia, aku nampak keresahan, ketidakselesaan, takut juga ada.
melihat riak wajah gadis kecil itu, 
aku bagai dapat lihat bayangan dia di dalam rumah bagaimana.
hormat itu tiada.

biarlah, dia kerja apa pun.
biarlah, dia bibik kamu pun.
hormat itu kena ada.
dan dia bukan hamba kamu.
dia pembantu rumah. 
bukan tukang membuat segala kerja, hatta mengutip syiling di tepi kaki kamu pun.
aku rasa, mengutip syiling tersebut sangat di dalam kemampuan gadis kecil itu.
masih, disuruh bibiknya untuk mengutip.

dia kecil lagi, belajar dari dunia sekelilingnya, tanpa banyak tapisan akal.
mungkin, suatu masa nanti, gadis itu akan berubah pesonanya.
ditiupkan rasa hormat terhadap orang lain di dalam dirinya.
walau susah bagaimana pun hidup orang tersebut.

moga-moga.

Sunday, February 13, 2011

needed?


I like to feel that I'm needed.


but.
right now.
am I needed?
I'm not sure.
perhaps not
:(

buat masa ini.

kalau ditambah dengan mimpi malam tadi, dah  masuk hari ketiga saya mimpi awak.
dalam kesemua mimpi, saya nampak penuh muka awak.
tapi awak jarang perasan saya.
kalau awak perasan saya pun, saya tak disapa.

mungkin, sebab kebelakangan ini saya terlalu fikir awak dengan kerap kot.
apa khabar awak, apa awak buat hari ni, awak ok ke tak.
semua saya fikir
kadang-kadang sayu juga saya.
berair mata tapi saya cepat-cepat kesat.
saya tak nak orang lain nampak saya menangis.
awak seorang je yang pernah lihat saya meleleh macam tu.
rindu, tak payah cakaplah wak.
banyak mana pun rasa tu, saya tetap tunggu awak.
saya tak berani nak telefon awak.
saya takut awak tak suka. takut awak rasa terganggu.

hari-hari saya pegang cat eyes,
macam selalu :)
biar saya rasa awak ada dengan saya.
kadang-kadang tanpa sedar saya sebut nama awak.
nasib baik saya ada cat eyes ni.




buat masa ini,
saya rasa saya akan mimpi awak lagi pada malam-malam seterusnya.

Wednesday, February 9, 2011

selamat malam cinta

"selamat malam cinta''
bisik ke telinga. melebarkan senyum aku.
memori.



huhhhh. aku cuba kuat. aku cuba kuat...



9 Februari 2011.

kedua telapak tangan aku sudah mula sakit dan pedih.
nanah keluar tanpa sedar. perlu sentiasa sedia dengan kapas.
jari sukar dibengkok.
hampir setiap malam terjaga dek tangan yang rasa gatalnya tiba2 menggila.
hari ini, aku bangun. badan rasa agak lemah sedikit. aku seperti hendak demam.
bisa tangan datang pula. dahulu selalunya belah kiri sahaja. hari ini kiri dan kanan.
2 hari lepas aku sudah rasakan kesakitan untuk menulis pada tangan sebelah kanan.
hari ini... hilang mood aku untuk ke kelas. tangan berdenyut-denyut.
ini yang pertama, untuk aku putus asa datang ke kelas. 3 kelas berturut-turut. aku bulat hati.
aku tahu aku tidak akan boleh fokus dalam kelas. untuk menulis... agak sukar sedikit.
dan untuk tahan denyut dalam kelas... aku tak mampu.
aku tahu aku tak mampu. sejak dua hari lepas bila denyut datang di dalam kelas.. ia mengganggu aku.
hehh. aku putus asa untuk ke kelas hari ini.
bekalan ubat dari doktor kedua sudah habis. it's getting worse, not better.
aku ke pusat kesihatan kampus pula.

masuk ke bilik doktor, aku cuba menarik senyum.
pagi itu sememangnya menarik mood aku. sakit mendominasi aku.
doktor lihat kedua tangan aku.
dia kelihatan simpati.

doctor: "when was this happen?"
"about week ago"
"the previous doctor at my area said it caused by allergic to paint or whatever. he does not specify."

doctor: "no it is not paint allergy. Are you sensitive to detergent?"
"no.."
tak pernah dalam seumur hidup aku. selama ini guna sabun untuk apa2 hal tiada apa2 yang berlaku.


doctor: "Ok, i'll give you antibiotics, antifungal cream, ubat antigatal and antiseptic. We don't know what's the cause of this. It is from inside the body. Try this medicines first, and come to see me again this friday evening. We will figure what is the cause after you use the medicines."
"thank you.."


ringkasan sahaja sebenarnya.
aku ingat aku kena hand ezecma.
pertumbuhan vesicle di telapak kanan aku makin nampak. mula memberi impak gatal dan pedih. tangan kiri aku sudah mula didominasi olehnya. aktifnya. jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri sudah lain bentuknya. tidak boleh dibengkokkan.
janganlah tangan kanan aku jadi serupa itu. sangat sukar untuk aku membuat segala kerja nanti.
agak geli juga jikalau diperhatikan kedua tapak tangan aku.
moga segala dipermudahkan. sejujurnya aku sudah putus asa sedikit. aku langsung tidak memotivasikan diri aku.
sabar. sabar itu indah.......




kamu, elok2 ya.
walau di mana kamu berada.

Sunday, January 30, 2011

pagi di tepi pantai.

currently, di Cherating. dekat aja dengan Kemaman.



pagi2.. aku  turun ke bawah.
menuju ke pantai.
hujan renyai2, dan ombak menggila.
aku makin dekat.

bila makin hampir, tiba2 aku rasa kesal..
"kenapa tak bawa selipar aja ke mari?mudah untuk bergerak."

sayang pula pada sandal aku yang ini. takut rosak dek air laut.
aku jalan tepi2 aja.
dalam dunia aku.

aku panjat  tempat  tinggi,
renung jauh ke laut.
angin kencang benar. titis hujan makin lama makin kasar.
aku senang begitu.
aku depangkan tangan.
huhhhhh. kotak ingatan tetap terbuka.
tidak mengapa, aku rasa indah memikirkan dia.


lama di tempat tinggi, aku  turun semula menuju ke pantai.
tiada siapa pun di  sana.
hujan masih belum berhenti.
aku kutip kayu..tulis nama aku atas pasir..
undur bertapak-tapak ke belakang, kemudian tulis......... :)

angin masih lagi kencang.
aku menyanyi -nyanyi sambil berjalan.
kemudian teriak nama......... :)

sudah lama rasanya tidak dihempas angin dan ditimpa hujan di tepi pantai.
ombak sedang gila.
nasib tidak pakai selipar. kalau tidak, sudah lama aku bermain dengan ombak.
rindu.


ahh. sukanya aku dengan pantai.


lagi senang bila begini, berseorang di dalam dunia aku sendiri.
mencuba untuk kuat.
oh, cat eyes ada dengan aku. tidaklah aku sunyi sangat.



hey, kalau mahu bermain ombak di pantai timur, jangan datang pada awal tahun.
hujan.
:)

separuh mati.

berhari-hari aku cuba menahan dinding hati.
"cuba kuat"
makin lama rasa ini makin menyelubungi aku.
aku mula keluar berjalan sendirian kembali.
sambil memutar memori2.
(kerna itu aku senang berjalan sendiri.tiada siapa yang akan sakit hati bila bertemankan orang yang bisu)
biarlah. aku cuma mahu berada di dalam dunia aku.

depan orang, aku senyum,ketawa,bicara seperti normal.hehh.normal.
penat. aku sudah separuh mati. aku perlu masuk ke ruang sendirian aku, untuk cuba kuat.

sudah lebih seminggu. dinding hati makin lemah.

kadang kala, air mata aku mengalir. perlahan.
tipikal untuk aku. aku luahkan apa-apa perasaan dengan air mata.

layar ingatan memutar-mutar memori lebih kerap dari biasa.
senyum sendiri aku, sambil menangis.
 lemahnya lah.... sudah separuh mati.


keychain,cat eyes,gambar,cj7.
aku bawa kemana sahaja aku pergi.
tak sanggup tinggalkan.
biar sentiasa dengan aku. sayang. itulah pengganti yang beri aku sedikit kekuatan.
hilang nanti, gasaklah. punah sepenuhnya imun aku.

murah sungguh air mata aku.
bukan sedih.
hehhhh.

besarnya erti kamu.
kalau hilang aku rasa aku bakal lupa untuk senyum cantik.
kalau hilang aku rasa aku akan lupa untuk ketawa penuh dari hati.
segalanya akan hilang bila dia hilang.




aku tak begitu kuat.
separuh mati rindu kamu.

Sunday, January 23, 2011

rindu.

kanda, sihat tidak kamu.
saya rindu.

bagaimana hari kamu hari ini?
saya rindu.

apa perasaan kamu sepanjang hari tadi?
saya rindu.

senyumkah kamu hari ini?
saya rindu.
saya suka lihat senyuman kamu.

buat apa kamu hari ini?
saya rindu.

ingat tidak kamu pada saya hari ini?
i do.

jaga diri kamu baik-baik kanda.
jangan lupa kamu ada saya.
senyum selalu ya kanda.
saya tidak suka lihat hati kamu sakit.
gembira selalu ya.
I'm happy when you're happy.


kita memang jauh,
tapi kanda, saya tak pernah lupa kamu.
tak pernah.
jaga diri ya kanda,
mana-mana kamu pergi,
sesibuk mana pun kamu,
janji pada saya kamu kena jaga diri.




saya...
rindu.kamu.
sentiasa.


kanda, jangan lupa saya ya. :(

Friday, January 21, 2011

hasrat tempoh hari

hari ni aku gatal-gatal browse gambar gitar.
gitar akustik.

hmmmmppp! teruja!

tapi aku rasa aku lagi teruja bila aku tengok gitar betul-betul depan mata aku.

jiwa melonjak.
selalunya, bila aku ke Metro Kajang,
ada kesempatan kami akan makan di medan selera tingkat atas.
tiap kali di aras itu aku akan berulang alik di hadapan kedai Yamaha.
berderet gitar-gitar di sebalik kaca.
tersusun.

betul-betul menarik hati.

kadang-kadang, aku datang dekat, tekap tangan di permukaan kaca lutsinar.

tak berganjak.
meleleh...


haha. ekspresi yang dihiperbolakan sahaja.

ya memang aku tak pandai main gitar.
memang aku tak pandai baca kod.
aku tahu tu.

entah. perasaan untuk memiliki gitar dan mahir memelodikan gitar tak pernah hilang.
masih ada bara.

satu masa lalu,
aku masuk ke sebuah kedai buku.
aku toleh ke kanan.

"uuuuiiiiiii!"
aku buka langkah besar.
"cantiknya awak"
aku cakap pada sebuah gitar merah yang tergantung.
cantik. memang cantik.
heh, harganya pun setanding rupanya. :)


nantilah,bila tiada kekangan wang atau apa,
aku akan beli dan bila aku pandai,
aku mahu mainkan melodi aku sendiri.









"awak cantik"
:)

Tuesday, January 18, 2011

ungkapan #1









"you guys are expensive perfumes, guna sedikit, tapi baunya semerbak, tahan lama." - Dr. Muhammad Rizal Razman (pensyarah Pengenalan Undang-undang Alam Sekitar)

dia umpamakan kami seperti wangian mahal,,
"that's why you are here".

jelas, dengan senyum.

dari jauh aku lihat dia.. sambil senyum dalam hati.
halusnya nasihat.
terima kasih Dr.


aku.. sejak dari tahun satu, gemar mencatit ungkapan-ungkapan pensyarah di dalam kelas.
itu pasal, aku kurang suka bercakap di dalam kelas.
rugi.
apa yang mereka bilang mungkin itulah yang pertama dan terakhir aku dengar.
mereka bukan calang orang,
bait kata mereka bagi aku sangat berharga.

kalau boleh dibukukan,
aku rasa itulah khazanah berharga aku.

jiwa pensyarah..... korek dalam-dalam,
kau nampak halusnya.

Sunday, January 16, 2011

air.



i love water.








sudah 3 hari air tiada di kolej.
phewwwww.

ujian.



caww dulu. 
nak pergi berhijrah ke kolej lain untuk berdamping dengan air.
:)

Friday, January 14, 2011

menerawang?

hmm ya.

sedang rasa tidak senang.
tak mahu tidur sepanjang malam ini, boleh?

hati kata mahu, badan kata jangan.
fikiran malas peduli.

cehhh. dari duduk begini baik selesaikan apa-apa yang patut.

ohh sudah. sudah.........
sudah separuh selesai.

hei, aku teringat mimpi aku.
mimpi dulu-dulu yang belum selesai.
kembara belum habis aku sudah tersedar.
terputus tayangan minda.
baru teringat al-kisah yang ini.

bila ya?
tiada jawapan.

yang pasti, aku tak mampu untuk berkembara hari ini.


hoh.
aku dah mula menerawang lagi.
pergi mencari dia.
heh. di mana-mana pun ada dia. dan juga Dia.
kuat sungguh daya tarikan kamu ya.

ahh sudah.
melalut lagi.
heh.benci betul aku mencoret dengan isi yang bersepah-sepah.

oh. esok awal pagi sudah keluar.
sertai mereka-mereka ke tanah tinggi. dekat dengan rumahku tempatnya.
aku tak bayangkan apa-apa lagi. malas. biar aja apa agendanya.
yang ku harap moga dipermudahkan segalanya.

amin.



ummi! selamat hari lahir! pengorbananmu sungguh tak terkira! maaf akak tak pulang.
cuti pertengahan nanti akak harap akak dapat belikan hadiah untuk umi.
jaga kesihatan. moga dikurniakan nikmat kesihatan yang lebih baik....
akak harap selepas akak habis belajar akak dapat menyenangkan ummi.
tak nak ummi susah sampai ke tua!
i try my best ummi!!


ahh.tiba-tiba mahu benar lihat dan tenung mata ummi sambil senyum.
salam dan cium tangan ummi.
aku tahu menyenangkan hatinya pahala buatku.

sungguh, perjalanan menuju kedewasaan memang mengajar aku untuk lebih memahami orang lain.
ya Rabb.. moga kami adik beradik tidak melupakan tanggungjawab kami pada ummi dan abah kelak.
amin.

Wednesday, January 12, 2011

hari ni saya penat

penat sebab cari template yang baru sebab template semalam kena tukar,
sebab dia tidak boleh add gadget.

penat balik dari kelas hari ni pun tak habis lagi.
9am keluar bilik, balik bilik pukul 7pm lebih. banyak pergerakan untuk jadual hari rabu.
disebabkan tidak cukup tidur semalam sebab cari kes law aku boleh tertidur dalam kelas tadi.
aku nampak ekor mata dia ke arahku (sebab aku duduk di barisan 3 hadapan).
tapi mata aku makin berat.
sory Dr. Jo.


aku nak rehat jap.
letih.


(alasan penat!)

Tuesday, January 11, 2011

new look.

I'm comfortable with this design.
thank you so much to my roommate!

great job!

terima kasih banyak2 sebab sudi bantu pasal nih.
sekarang mood untuk menulis sudah timbul semula :p