Betapa
Tidak kira walau terhimpitnya kau dalam lautan manusia
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan lemas kesunyian
Betapa
Kukuh mana pun jiwa kau
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan tergelincir
Betapa
Biar pelbagai impian pernah kau jayakan
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan menung
Betapa
Walau manis tawa dan senyum kau
Bila hilang yang itu
Kau tetap akan tercari serinya
Betapa
Kalau kau betul-betul ikhlas dan jujur
Yang itu sebenarnya tak pernah hilang
Cuma menyorok dan mengintai
aku suka.
ReplyDeleteaku senyum :)
ReplyDelete