aku
tidak ada banyak istimewa.
selalu mahu belajar tentang hidup
tetapi selalu juga buat salah.
aku
membosankan.
kadang-kala tidak banyak bersuara.
sepatah ditanya maka sepatah aku jawab.
membosankan.
tidak ada banyak istimewanya aku.
kalau orang lupa kewujudan aku,
aku rasa aku maklum mengapa.
kiranya seperti "oh.. memang logik pun orang lupa"
heh.
cuma aku harap.
selagi aku wujud
aku mahu meringankan rasa orang lain.
kabur kenyataan bunyinya
biarlah.
aku tak nak kenyataan harapan aku jadi jelas.
aku sendiri pun tidak dilihat jelas.
aku sendiri pun kabur dengan diri aku.
No comments:
Post a Comment