dia bayangkan,
disepak, ditampar, dituduh, diludah.
ptuih!
baru dia sedar
dia tidak begitu kuat lagi
sangat perlu tulang belakangnya
perlahan-lahan dia jerit "to..longg.."
ptuih!
diludah lagi
panggg!
ditampar.
"sudah aku bilang, kau harus kuat sendiri! walau kau bukannya bersumpah tapi aku semat tekad kau dahulu!"
"to..longggg..." lemah dia berbunyi
"diam kau! sudah aku bilang, berdiri di kaki sendiri! kenapa mengharapkan bersandar pada angin? tidak tentu ada! malu!!"
"aku tahu... tapi.. aku baru sedar... ini hakikat.. kau tetap perlu bersandar pada dia... kau bukannya tahan sentiasa..to...longgggg..' dia menjawab.
pangggg!!
"kenapa kau longlai! aku benci! kau bersandar tapi bila tiba saat dia hilang kau akan jatuh terlentang! itulah angin!!!tengok kau sekarang! bila kau sudah bangun, gagah kembali, barulah angin muncul lagi. tegar kau untuk terlentang lagi? itu bodoh namanya!"
"ini bu..kan bodoh.. sekuat ma..na.. pun kau.. kau tetap.. perlu sandaran.. kau sebenarnya mahu... juga kan.. ini.. ha..ki...kat....." tangis dia.
"kau fikir aku mahu mengaku aku mahu? kau fikir aku mahu rasa itu?"
"kau.. tutup diri... dengan benteng... sebab kau... tak dapat tahan... sakit rasa itu..kan...bukankah itu...takut...."
pangg!!!
"diam kau!!!!"
lalu dia yang longlai itu tersenyum tawar....
"sekurang-kurangnya.... aku tahu hakikat......"
- - - - - -
kamu tahu, susah benar bila kamu berlawan dengan diri sendiri.
halangan kamu yang paling besar.
tahniah, bila kamu mampu.
No comments:
Post a Comment