Friday, January 21, 2011

hasrat tempoh hari

hari ni aku gatal-gatal browse gambar gitar.
gitar akustik.

hmmmmppp! teruja!

tapi aku rasa aku lagi teruja bila aku tengok gitar betul-betul depan mata aku.

jiwa melonjak.
selalunya, bila aku ke Metro Kajang,
ada kesempatan kami akan makan di medan selera tingkat atas.
tiap kali di aras itu aku akan berulang alik di hadapan kedai Yamaha.
berderet gitar-gitar di sebalik kaca.
tersusun.

betul-betul menarik hati.

kadang-kadang, aku datang dekat, tekap tangan di permukaan kaca lutsinar.

tak berganjak.
meleleh...


haha. ekspresi yang dihiperbolakan sahaja.

ya memang aku tak pandai main gitar.
memang aku tak pandai baca kod.
aku tahu tu.

entah. perasaan untuk memiliki gitar dan mahir memelodikan gitar tak pernah hilang.
masih ada bara.

satu masa lalu,
aku masuk ke sebuah kedai buku.
aku toleh ke kanan.

"uuuuiiiiiii!"
aku buka langkah besar.
"cantiknya awak"
aku cakap pada sebuah gitar merah yang tergantung.
cantik. memang cantik.
heh, harganya pun setanding rupanya. :)


nantilah,bila tiada kekangan wang atau apa,
aku akan beli dan bila aku pandai,
aku mahu mainkan melodi aku sendiri.









"awak cantik"
:)

No comments:

Post a Comment