berhari-hari aku cuba menahan dinding hati.
"cuba kuat"
makin lama rasa ini makin menyelubungi aku.
aku mula keluar berjalan sendirian kembali.
sambil memutar memori2.
(kerna itu aku senang berjalan sendiri.tiada siapa yang akan sakit hati bila bertemankan orang yang bisu)
biarlah. aku cuma mahu berada di dalam dunia aku.
depan orang, aku senyum,ketawa,bicara seperti normal.hehh.normal.
penat. aku sudah separuh mati. aku perlu masuk ke ruang sendirian aku, untuk cuba kuat.
sudah lebih seminggu. dinding hati makin lemah.
kadang kala, air mata aku mengalir. perlahan.
tipikal untuk aku. aku luahkan apa-apa perasaan dengan air mata.
layar ingatan memutar-mutar memori lebih kerap dari biasa.
senyum sendiri aku, sambil menangis.
lemahnya lah.... sudah separuh mati.
keychain,cat eyes,gambar,cj7.
aku bawa kemana sahaja aku pergi.
tak sanggup tinggalkan.
biar sentiasa dengan aku. sayang. itulah pengganti yang beri aku sedikit kekuatan.
hilang nanti, gasaklah. punah sepenuhnya imun aku.
murah sungguh air mata aku.
bukan sedih.
hehhhh.
besarnya erti kamu.
kalau hilang aku rasa aku bakal lupa untuk senyum cantik.
kalau hilang aku rasa aku akan lupa untuk ketawa penuh dari hati.
segalanya akan hilang bila dia hilang.
aku tak begitu kuat.
separuh mati rindu kamu.
nape kamu sah?anything to share of?
ReplyDeletexde pe..perihal aku yg sdg xkuat jer..
ReplyDelete