Thursday, September 16, 2010

aku biarkan sebulan lebih.

menjenguk kembali ke ruang ini. sebulan lebih aku tinggalkan.
walau hati aku selalu mendesak untuk mencoret.
aku cakap pada diri "nantilah ya..nanti...."

iyalah. nanti-nantinya, masuk sebulan lebih.

banyak perkara yang berlaku.. sepanjang sebulan lebih.
ramadhan datang, dan ia baru sahaja berlalu... syawal menjenguk.
kuliah seperti biasa, assigment bertambah, peperiksaan pertengahan semester..

ya, Ogos memang banyak buat aku mengimbau. heh. penat ya membuku. penat.

Bulan ramadhan, aku alukan dengan hati terbuka.. waktu untuk aku membersihkan jiwa.
terima kasih tuhan, kau bukakan hatiku untuk ringan melakukan segalanya untuk mendekatimu.
sahur, sudah biasa berseorang.
roommate ku sukar untuk buka mata, dia sahur dengan air sahaja. dapat juga berkatnya.

puasa bersama demam.
seksa juga. tambah lagi kolej aku atas bukit. mendaki di bawah terik, mahu rebah aku.
tapi kena gagah diri, tak sanggup aku ganti puasa banyak hari.
dalam ramadhan, Malaysia kita menyambut merdeka.

ya, aku akui aku patriotik orangnya. kadangkala perasaan itu agak berlebihan.
aku selalu sebak bila mendengar lagu-lagu patriotik, tambah lagi bila hari kemerdekaan menjelang.
buat pertama kali aku sertai sambutan ambang kemerdekaan di U aku, bersama pelajar dari universiti lain.
UPM, UM, UiTM, UMP, UMT, UNISZA serta banyak lagi U turut serta.
UKM tuan rumah kali ini.
harap maaf, aku bukan datang untuk mendengar konsert atau apa.
tiada di sana. memang tiada. aku datang untuk menyuntik semangat ke dalam aku.
dan ya, jikalau acara begini, aku tahu pasti ada persembahan puisi, sajak segala.
itu yang aku nantikan. bukan calang orang yang menyampaikan bakat.. profesor, pelajar master.
duduk kaku aku di kerusi, meneliti bait ayat yang dilontarkan.
hebatnya kalian, terima kasih. aku sangat dahaga untuk mendengar ini semua.
sudah lama benar tidak aku dengar..

nyanyian lagu-lagu patriotik secara bersemangat dan beramai-ramai.. buat aku senyum.
sukanya. semangat itu.....

lagi... aku sertai surau kolej aku berbuka di muzium telekom..
jemputan.. bersama pelajar dari Kolej SEGi.. kami dikatakan sebagai wakil-wakil dari ukm..
ouh. media juga datang. tapi aku tak tahu di muka mana gambar dan cerita kami terpampang.
beramah dengan pelajar SEGi... penampilan jauh beza ya.
mereka bergaya habis, nak banding dengan kami yang kebanyakannya budak surau..
kelakarlah :) kenangan.

bulan ramadhan juga.. bilik aku dipecah masuk monyet2.
satu kerabat. bilik aku jadi sangat teruk.minyak di lantai, susu tepung di merata-rata tempat.
malam yang sepatutnya aku buat laporan untuk dihantar esok, menjadi malam gotong royong.
terima kasih pada jiran yang sudi membantu aku dan roommate.
sudahnya laporan aku dihantar lambat.
pandai betul monyet. memang itu fitrah, untuk survive dalam hidup, ye tak.
setiap yang hidup pasti ada ikhtiar untuk hidup, tak kira sebanyak mana pun.
yang tidak tahan akan tewas.
benar, itu memang hukum alam.

sepanjang tempoh ini, memang buku aku menebal.
aku rasa sangat sunyi.
gelak senyum palsu. penat sungguh aku buat.
hahah.
sunyi. sangat. menitis juga agak kerap, tapi bila berseorang sahaja.
duduk dalam gelap menjadi kegemaran.
ramadhan makin hujung..berat aku mahu tinggalkan.
sungguh, aku langsung tiada keseronokan untuk beraya.
memang benar kata orang, bila kita beribadah dengan penuh, dan bersungguh...
baru rasa seronoknya raya. kerana hari itu hari mereka merayakan kemenangan.
aku? aku tak cukup untuk merasakan kemenangan.
berat untuk aku terima bulan itu kemudiannya pergi.

pulang ke rumah untuk cuti pertengahan semester.. longlai aja.
malasnya mahu pulang cuti.
banyak perkara yang aku tidak selesaikan di kampus.

syawal tiba, aku beraya. seronok juga bertemu saudara-mara.
lama tidak bersua.
darah kami tetap ada pertalian.
jumpa juga kawan-kawan. rindunya.
ini dia kawan. ini dia kawan. semoga pertalian tidak putus.
jumpa juga kanda. lamanya saya tidak lihat kamu kanda.
sihatkah? keluarganya juga. tenang pula di situ.
melihat suasana ini dan ini.

dan apa pula seterusnya?banyak benda yang bakal aku tempuh.
hati, tabahlah. usah ditambah parut.

mari, misi mencari gitar sudah bermula.
hati, kamu sabar ya.