Sunday, January 30, 2011

pagi di tepi pantai.

currently, di Cherating. dekat aja dengan Kemaman.



pagi2.. aku  turun ke bawah.
menuju ke pantai.
hujan renyai2, dan ombak menggila.
aku makin dekat.

bila makin hampir, tiba2 aku rasa kesal..
"kenapa tak bawa selipar aja ke mari?mudah untuk bergerak."

sayang pula pada sandal aku yang ini. takut rosak dek air laut.
aku jalan tepi2 aja.
dalam dunia aku.

aku panjat  tempat  tinggi,
renung jauh ke laut.
angin kencang benar. titis hujan makin lama makin kasar.
aku senang begitu.
aku depangkan tangan.
huhhhhh. kotak ingatan tetap terbuka.
tidak mengapa, aku rasa indah memikirkan dia.


lama di tempat tinggi, aku  turun semula menuju ke pantai.
tiada siapa pun di  sana.
hujan masih belum berhenti.
aku kutip kayu..tulis nama aku atas pasir..
undur bertapak-tapak ke belakang, kemudian tulis......... :)

angin masih lagi kencang.
aku menyanyi -nyanyi sambil berjalan.
kemudian teriak nama......... :)

sudah lama rasanya tidak dihempas angin dan ditimpa hujan di tepi pantai.
ombak sedang gila.
nasib tidak pakai selipar. kalau tidak, sudah lama aku bermain dengan ombak.
rindu.


ahh. sukanya aku dengan pantai.


lagi senang bila begini, berseorang di dalam dunia aku sendiri.
mencuba untuk kuat.
oh, cat eyes ada dengan aku. tidaklah aku sunyi sangat.



hey, kalau mahu bermain ombak di pantai timur, jangan datang pada awal tahun.
hujan.
:)

2 comments:

  1. dammit.
    aku dengan pantai,
    banyak sungguh kenangan.

    dan, mengimbau semua sekali,
    it hurts.
    bila kau,
    sedang mencuba untuk tabah.

    gadis, wakilkan aku untuk menghela udara sana, ya.

    ReplyDelete
  2. ya...
    memang.
    jgn risau, sudah slamat diwakilkn untuk kamu. :)

    ReplyDelete