Saturday, July 24, 2010

perihal aku. sampai nombor 30.



Terima kasih zulaikha a.k.a ongah yang tag aku.


1. Anak sulung dari 6 adik beradik. Sulung. Sejak zaman sekolah sehingga kini 99% orang yang aku jumpa menganggap aku anak bongsu.
Masih mencari sebab yang kukuh mengapa.

2. Optimis. Kadang kala terlalu.

3. Lebih suka mendalami/memahami sesuatu perkara, sebelum menghambur emosi. Itu baru adil.

4. Sangat sentimental.

5. Dan ya, aku lebih suka mendengar lagu sentimental. Terutamanya lagu-lagu yang berinstrumen piano dan gitar.

6. Aku sokong muzik Indie. Kegemaran aku juga. Telinga aku selalu tumpu pada kumpulan The Times.

7. Jepun!! (anda faham tak?).

8. Kadang kala sangat cerewet bila mahu membeli barang. Kerna sekali aku beli, aku mahu guna selama-lamanya, jika aku mampu. Aku tidak kisah pakai barang tersebut selama mana pun.

9. Kelemahan aku: aku tak pandai mengikat atau membuka tali. Fail. 

10. Hati lembut.

11. Jarang terasa. Sekali terasa aku akan ambil masa yang lama untuk sembuh.

12.  Pemendam. Ya, aku lebih suka pendam. Bukan aku simpan  untuk dijadikan racun, tetapi aku lebih senang pujuk hati sendiri. Neutralkan rasa hati. Cuma bila sudah banyak terbuku, agak sukar untuk aku pujuk dengan baik.

13. Sangat suka membaca. Apa-apa sahaja. Janji membaca. Terutama sebelum aku tidur.

14. Kadang kala terlalu rigid. Membosankan.

15. Bab di meja makan, aku tidak suka dengar orang sendawa, minum sup dan air berbunyi, bunyi orang mengunyah dengan mulut terbuka besar, orang menghadap dengan gelojoh. Pokoknya, apa-apa bunyi yang terbit aku kurang suka. (kadang kala aku terbuat juga salah satu perlakuan di atas huhu).

16. Bila rasa sedih, marah, sayu, kecewa dan seangkatan dengannya, aku lebih suka berseorangan ke mana sahaja. Bawa diri. Selalunya ke tepi sungai, atau atas bukit. Pokoknya aku akan mengadu pada alam. Nature can't speak to you in your own way, but they does comfort you with their amazing ways.
Paling tidak pun aku akan duduk dalam gelap. Habit aku sejak kecil. Dalam gelap aku lebih selesa.

17. Aku tidak pandai meluahkan perasaan secara depan-depan. Terutama pada orang yang aku sayang.

18. Bukanlah seorang yang berkeyakinan dengan diri sendiri. Sehingga sekarang, emosi aku mudah tergugat jika soal keyakinan dijentik.

19. Menangis bila rasa perlu. Aku marah aku nangis. Aku sedih aku nangis. Aku rindu aku nangis. Aku sayu aku nangis. Satu yang pasti, aku susah untuk menangis dihadapan orang.

20. Aku selalu rindu.......rakan-rakan waktu sekolah dan kanda. Tempat mereka dalam hidup aku tiada ganti.

21. Selalu blur. Terutama bila aku tidak biasa dengan orang-orang atau situasi-situasi yang aku alami. Makanya aku selalu diam, sebab aku tahu kalau aku bercakap pun aku akan merepek-repek.

22. Aku hargai seni penulisan, sajak, puisi, teater, seni melayu. Indah. Sangat indah. Selalu menyentuh tepat jiwa aku.

23. Jangan tanya aku tentang tahap kesedapan sesuatu makanan. Aku selalu gagal menilai, kerana dari kecil lagi aku tidak berkira dengan makanan, rasanya, teksturnya.. Bagi aku semua sedap, kecuali bila makanan tesebut betul-betul tidak boleh aku telan. Aku seorang penilai rasa makanan yang tidak bagus.

24. Perangai dan mood yang selalu berubah-ubah. Maaf pada sesiapa yang pernah terasa dengan aku. Aku tidak pernah bermaksud untuk menyakiti siapa-siapa.

25. Aku paling suka warna hitam. Dan berserba hitam. Warna lain pun aku suka juga, terutamanya warna-warna lembut. Ummiku selalu menggelar aku black metal kerana penampilan aku. I just like being simple, ummi.

26. Aku lebih suka lihat hati orang, berbanding penampilan luaran mereka. Mata boleh mengabur, tapi tidak mata hati. Salah satu prinsip aku, jangan tengok orang pada luaran sahaja, itu hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran kamu.

27. Suka mendengar dan berbicara soal kehidupan. Oleh sebab itu aku sangat suka mendengar falsafah-falsafah orang lain tentang hidup, dan disebabkan itu juga, aku suka memerhati gelagat-gelagat manusia, dan cuba memahami soalnya mengapa.

28. Memasak itu adalah perkara yang sangat menarik. Suatu seni, yang aku suka, walaupun aku masih amatur.

29. Berunsur tanah, kata ustaz di sekolahku dahulu. Tanah mengalirkan air, meresap haba api,mengikut haluan tiupan angin. Beliau bilang boleh masuk dengan semua unsur.

30. Gila game. PS, PS2, PC Games. Dan sekarang sentiasa bermimpi untuk memiliki PSP.
Mimpi itu kan percuma huhu..


biar aku tak mampu miliki, tetapi sekurang-kurangnya aku ada gambar untuk ditatap huhu



2 comments:

  1. black metal..blackmetal..haha

    btw,....mmsak mmg menarik,tapi bedanya pada ketakutan pada minyak..hehe

    ReplyDelete
  2. haha saja je.

    ketakutan pada minyak??sbb dapur rumahmu tinggi.
    cuba nnt,bila sudah pindah di rumah baru itu,dapur tak setinggi sekarang.
    pasti kamu makin selalu memasak. ye tak..

    ReplyDelete