Sunday, August 1, 2010

Hai Ogos. Selamat datang.



Pagi 1 Ogos. Aku bangun dan lakukan rutin biasa.

"Hari ni dah 1 Ogos" roommate aku yang sedang duduk di atas katil bilang.

"Hah? dah 1 Ogos?" terdiam sebentar aku.

Cepatnya masa berlalu.. Tak lama lagi Ramadhan menjenguk. Pejam celik pejam celik, kehadiran Syawal akan dirai. Selepas raya final exam akan menyusul. dekat sudah. cepat benar masa berjalan.

Selepas mandi aku browse web Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk assigment. Baca artikel-artikel.
Terlintas di fikiran aku,

Aku tak tahu bila aku akan mati. Esok, lusa atau mungkin hari ni.
Andai aku dicabut nyawa, dan jasad aku masih sempurna, aku rasa aku mahu buat ini.
Perkara ini pernah aku sebut pada ummi berapa tahun yang lepas. Ummi diam sebentar. Dia bilang nanti mayat tak sempurna.

Derma organ.
Entah. Kadang kala aku rasa kematian makin mampir. Tapi itu mungkin perasaan aku sahaja.
Heh, perasaan.
Aku tahu ramai orang di luar sana yang sedang menderita sakit, menanti untuk diganti organ mereka yang sudah tidak berfungsi baik.
Ada di antara mereka menanti sehingga bertahun, tidak pernah berputus asa berharap.
Kerna mereka tahu, hidup mereka akan jadi lebih baik dari semalam.

Harapnya begitulah.

Aku berkira-kira untuk mendaftar sebagai penderma organ. Mungkin sebahagian organ aku sepadan dengan si penerima.
Tapi, aku rasa ummi akan....  hmmm.

Err apa hukumnya jika mayat tidak sempurna ketika disemadikan ya?

Oh ogos. Awal kehadiran kamu aku sudah begini. Mengimbau dan terfikir. Terkenang dan sayu.
Aku rasa sepanjang ogos aku akan bernada begini.
Selamat datang Ogos. Moga datang kamu kali ni memberi makna yang penuh buat aku. Moga-moga.

No comments:

Post a Comment