perkara apa saja yang boleh aku lakukan.
kalau sudah membusut.
simpan berapa lama pun.
aku saja yang tahu.
tercalar sedikit pun,
aku sendiri yang menjerit.
kerana calar yang sedikit menambah pedih.
aku sendiri tidak kenal siapa aku.
mendap dalam mana pun,
aku sendiri yang sukat.
mengalir banyak mana pun,
aku sendiri yang tampung.
longlai terkulai aku pun,
tulang aku sendiri tempat aku bersandar.
senyum gelak aku pun,
manakan sama dengan arus lalu.
sungai mana harus aku pergi.
bukit mana harus aku jejak.
air terjun mana harus aku rasa.
sebab ini sudah membusut.
kalau busut ini makin meninggi,
makin lelah aku.
hari ini longlai,
esok lusa....
tak tercapai pemikiran aku.
kalau aku mampu,
aku mahu sembam muka ke dalam busut.
cari sebab kenapa busut makin besar.
biar busut boleh surut, kemudian hilang.
tapi, itupun sebab aku cakap kalau.
No comments:
Post a Comment