Sunday, January 30, 2011

pagi di tepi pantai.

currently, di Cherating. dekat aja dengan Kemaman.



pagi2.. aku  turun ke bawah.
menuju ke pantai.
hujan renyai2, dan ombak menggila.
aku makin dekat.

bila makin hampir, tiba2 aku rasa kesal..
"kenapa tak bawa selipar aja ke mari?mudah untuk bergerak."

sayang pula pada sandal aku yang ini. takut rosak dek air laut.
aku jalan tepi2 aja.
dalam dunia aku.

aku panjat  tempat  tinggi,
renung jauh ke laut.
angin kencang benar. titis hujan makin lama makin kasar.
aku senang begitu.
aku depangkan tangan.
huhhhhh. kotak ingatan tetap terbuka.
tidak mengapa, aku rasa indah memikirkan dia.


lama di tempat tinggi, aku  turun semula menuju ke pantai.
tiada siapa pun di  sana.
hujan masih belum berhenti.
aku kutip kayu..tulis nama aku atas pasir..
undur bertapak-tapak ke belakang, kemudian tulis......... :)

angin masih lagi kencang.
aku menyanyi -nyanyi sambil berjalan.
kemudian teriak nama......... :)

sudah lama rasanya tidak dihempas angin dan ditimpa hujan di tepi pantai.
ombak sedang gila.
nasib tidak pakai selipar. kalau tidak, sudah lama aku bermain dengan ombak.
rindu.


ahh. sukanya aku dengan pantai.


lagi senang bila begini, berseorang di dalam dunia aku sendiri.
mencuba untuk kuat.
oh, cat eyes ada dengan aku. tidaklah aku sunyi sangat.



hey, kalau mahu bermain ombak di pantai timur, jangan datang pada awal tahun.
hujan.
:)

separuh mati.

berhari-hari aku cuba menahan dinding hati.
"cuba kuat"
makin lama rasa ini makin menyelubungi aku.
aku mula keluar berjalan sendirian kembali.
sambil memutar memori2.
(kerna itu aku senang berjalan sendiri.tiada siapa yang akan sakit hati bila bertemankan orang yang bisu)
biarlah. aku cuma mahu berada di dalam dunia aku.

depan orang, aku senyum,ketawa,bicara seperti normal.hehh.normal.
penat. aku sudah separuh mati. aku perlu masuk ke ruang sendirian aku, untuk cuba kuat.

sudah lebih seminggu. dinding hati makin lemah.

kadang kala, air mata aku mengalir. perlahan.
tipikal untuk aku. aku luahkan apa-apa perasaan dengan air mata.

layar ingatan memutar-mutar memori lebih kerap dari biasa.
senyum sendiri aku, sambil menangis.
 lemahnya lah.... sudah separuh mati.


keychain,cat eyes,gambar,cj7.
aku bawa kemana sahaja aku pergi.
tak sanggup tinggalkan.
biar sentiasa dengan aku. sayang. itulah pengganti yang beri aku sedikit kekuatan.
hilang nanti, gasaklah. punah sepenuhnya imun aku.

murah sungguh air mata aku.
bukan sedih.
hehhhh.

besarnya erti kamu.
kalau hilang aku rasa aku bakal lupa untuk senyum cantik.
kalau hilang aku rasa aku akan lupa untuk ketawa penuh dari hati.
segalanya akan hilang bila dia hilang.




aku tak begitu kuat.
separuh mati rindu kamu.

Sunday, January 23, 2011

rindu.

kanda, sihat tidak kamu.
saya rindu.

bagaimana hari kamu hari ini?
saya rindu.

apa perasaan kamu sepanjang hari tadi?
saya rindu.

senyumkah kamu hari ini?
saya rindu.
saya suka lihat senyuman kamu.

buat apa kamu hari ini?
saya rindu.

ingat tidak kamu pada saya hari ini?
i do.

jaga diri kamu baik-baik kanda.
jangan lupa kamu ada saya.
senyum selalu ya kanda.
saya tidak suka lihat hati kamu sakit.
gembira selalu ya.
I'm happy when you're happy.


kita memang jauh,
tapi kanda, saya tak pernah lupa kamu.
tak pernah.
jaga diri ya kanda,
mana-mana kamu pergi,
sesibuk mana pun kamu,
janji pada saya kamu kena jaga diri.




saya...
rindu.kamu.
sentiasa.


kanda, jangan lupa saya ya. :(

Friday, January 21, 2011

hasrat tempoh hari

hari ni aku gatal-gatal browse gambar gitar.
gitar akustik.

hmmmmppp! teruja!

tapi aku rasa aku lagi teruja bila aku tengok gitar betul-betul depan mata aku.

jiwa melonjak.
selalunya, bila aku ke Metro Kajang,
ada kesempatan kami akan makan di medan selera tingkat atas.
tiap kali di aras itu aku akan berulang alik di hadapan kedai Yamaha.
berderet gitar-gitar di sebalik kaca.
tersusun.

betul-betul menarik hati.

kadang-kadang, aku datang dekat, tekap tangan di permukaan kaca lutsinar.

tak berganjak.
meleleh...


haha. ekspresi yang dihiperbolakan sahaja.

ya memang aku tak pandai main gitar.
memang aku tak pandai baca kod.
aku tahu tu.

entah. perasaan untuk memiliki gitar dan mahir memelodikan gitar tak pernah hilang.
masih ada bara.

satu masa lalu,
aku masuk ke sebuah kedai buku.
aku toleh ke kanan.

"uuuuiiiiiii!"
aku buka langkah besar.
"cantiknya awak"
aku cakap pada sebuah gitar merah yang tergantung.
cantik. memang cantik.
heh, harganya pun setanding rupanya. :)


nantilah,bila tiada kekangan wang atau apa,
aku akan beli dan bila aku pandai,
aku mahu mainkan melodi aku sendiri.









"awak cantik"
:)

Tuesday, January 18, 2011

ungkapan #1









"you guys are expensive perfumes, guna sedikit, tapi baunya semerbak, tahan lama." - Dr. Muhammad Rizal Razman (pensyarah Pengenalan Undang-undang Alam Sekitar)

dia umpamakan kami seperti wangian mahal,,
"that's why you are here".

jelas, dengan senyum.

dari jauh aku lihat dia.. sambil senyum dalam hati.
halusnya nasihat.
terima kasih Dr.


aku.. sejak dari tahun satu, gemar mencatit ungkapan-ungkapan pensyarah di dalam kelas.
itu pasal, aku kurang suka bercakap di dalam kelas.
rugi.
apa yang mereka bilang mungkin itulah yang pertama dan terakhir aku dengar.
mereka bukan calang orang,
bait kata mereka bagi aku sangat berharga.

kalau boleh dibukukan,
aku rasa itulah khazanah berharga aku.

jiwa pensyarah..... korek dalam-dalam,
kau nampak halusnya.

Sunday, January 16, 2011

air.



i love water.








sudah 3 hari air tiada di kolej.
phewwwww.

ujian.



caww dulu. 
nak pergi berhijrah ke kolej lain untuk berdamping dengan air.
:)

Friday, January 14, 2011

menerawang?

hmm ya.

sedang rasa tidak senang.
tak mahu tidur sepanjang malam ini, boleh?

hati kata mahu, badan kata jangan.
fikiran malas peduli.

cehhh. dari duduk begini baik selesaikan apa-apa yang patut.

ohh sudah. sudah.........
sudah separuh selesai.

hei, aku teringat mimpi aku.
mimpi dulu-dulu yang belum selesai.
kembara belum habis aku sudah tersedar.
terputus tayangan minda.
baru teringat al-kisah yang ini.

bila ya?
tiada jawapan.

yang pasti, aku tak mampu untuk berkembara hari ini.


hoh.
aku dah mula menerawang lagi.
pergi mencari dia.
heh. di mana-mana pun ada dia. dan juga Dia.
kuat sungguh daya tarikan kamu ya.

ahh sudah.
melalut lagi.
heh.benci betul aku mencoret dengan isi yang bersepah-sepah.

oh. esok awal pagi sudah keluar.
sertai mereka-mereka ke tanah tinggi. dekat dengan rumahku tempatnya.
aku tak bayangkan apa-apa lagi. malas. biar aja apa agendanya.
yang ku harap moga dipermudahkan segalanya.

amin.



ummi! selamat hari lahir! pengorbananmu sungguh tak terkira! maaf akak tak pulang.
cuti pertengahan nanti akak harap akak dapat belikan hadiah untuk umi.
jaga kesihatan. moga dikurniakan nikmat kesihatan yang lebih baik....
akak harap selepas akak habis belajar akak dapat menyenangkan ummi.
tak nak ummi susah sampai ke tua!
i try my best ummi!!


ahh.tiba-tiba mahu benar lihat dan tenung mata ummi sambil senyum.
salam dan cium tangan ummi.
aku tahu menyenangkan hatinya pahala buatku.

sungguh, perjalanan menuju kedewasaan memang mengajar aku untuk lebih memahami orang lain.
ya Rabb.. moga kami adik beradik tidak melupakan tanggungjawab kami pada ummi dan abah kelak.
amin.

Wednesday, January 12, 2011

hari ni saya penat

penat sebab cari template yang baru sebab template semalam kena tukar,
sebab dia tidak boleh add gadget.

penat balik dari kelas hari ni pun tak habis lagi.
9am keluar bilik, balik bilik pukul 7pm lebih. banyak pergerakan untuk jadual hari rabu.
disebabkan tidak cukup tidur semalam sebab cari kes law aku boleh tertidur dalam kelas tadi.
aku nampak ekor mata dia ke arahku (sebab aku duduk di barisan 3 hadapan).
tapi mata aku makin berat.
sory Dr. Jo.


aku nak rehat jap.
letih.


(alasan penat!)

Tuesday, January 11, 2011

new look.

I'm comfortable with this design.
thank you so much to my roommate!

great job!

terima kasih banyak2 sebab sudi bantu pasal nih.
sekarang mood untuk menulis sudah timbul semula :p