Tuesday, November 9, 2010

Tag #2

credit to my roomate, murni



Apa benda yg paling penting dalam hidup?

pengalaman. 


benda terakhir yg korg beli guna duit sendiri? 
nasi ayam dan horlick ais tengah hari tadi. ok2, kalau benda, external rubber keyboard,maybe.


tempat ingin melangsungkan perkahwinan n tema perkhwinan?

seeloknya bagi aku tempat yang dekat dan memudahkan para tetamu terutamanya kaum kerabat untuk hadir.
tema, warna-warna yang lembut. suasana, biarlah meriah. aku mahu lihat semua orang gembira waktu itu. oh, aku tak mahu bersanding.  
 

adakah korang sedang bercinta sekarang?

bercinta? *senyum penuh makna*
bukan lagi 'sedang' sekarang. *ouchh*


berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

sekali terjatuh, sangat sukar rasa itu  pudar. untuk suami, kalau diizinkan tuhan biar sampai akhir hayat aku.

 
novel/buku/majalah terakhir yg korang beli?


novel: Kopi Susu Sepatu Biru, Jemari Seni
buku: Kuasa Ajaib Asmaul Husna, Pustaka Azhar
majalah: Ering, edisi yang.. berapa bulan lepas (aku sangat suka baca mengenai perkembangan teknologi,malangnya pokai)




antara mak n ayah mana lebih mesra?

errr. entah. ummi mungkin.




namakan org yg korang betol2 nak jumpe dalam hidup?

err.. *blur*
mereka2 yang jarang aku luangkan masa bersama :(


adakah korang basuh baju sendiri?

ya. di rumah pun, memang itu kerja aku, basuh baju semua orang. (no big deal, masukkan ke dalam mesin basuh sahaja pun). di sini, sebolehnya guna tangan. kalau terdesak aku korbankan RM2.50 untuk basuh mesin. 


tempat yang korang betol2 nak pergi?

banyak. pantai yang cantik, kawasan yang hijau,bukit-bukit.. indahnya... tenang.

pilih satu,peluk atau cium?

peluk.








3 benda tentang org yg tag korang?

i) roomate saya, sejak tahun 1 lagi.
ii) sangat suka korea. *oh tuhan, kabulkanlah angannya*
iii) oh, dia sangat baik :)


benda yg korang sayang sgt2 dlm hidup?

semua benda aku sayang. tipikal untuk si sentimental. tak nak cakap, nanti ada pulak benda milik aku yang terasa. haha.


lagu paling suka n selalu dengar?

banyak. lain mood lain rentak. Ini adalah antara;
Sheila On 7- Buat Aku Tersenyum
The Times - Wilayah Strawberi Selamanya
Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes
My Chemical Romance - Cancer


bila tarikh lahir n kat mana sambut tahun lps?

11 Disember. tahun lepas..2009..sambut di sebuah restoran di Sg. Choh sama kanda [ bekas kanda T_T ]. kek american chocolate yang sangat sedap, tapi itu makan di rumah.


blogger korang nk tag?

mungkin, kakak-kakak kita sudi menjawabnya? :)

zulaikha   atiqah

4 comments:

  1. hak3..tankiu coz sudi wat..erkk
    amin..yeayy mudah-mudahan ^^
    sy biase jek..huk3

    ReplyDelete
  2. uh! besday same ngn adek aku..
    :)

    ReplyDelete
  3. heidi= yeke..aku excited kalo tau org lahir sama date dgn aku hehe

    kanda= ini dulu..

    ReplyDelete