Saturday, July 24, 2010

perihal aku. sampai nombor 30.



Terima kasih zulaikha a.k.a ongah yang tag aku.


1. Anak sulung dari 6 adik beradik. Sulung. Sejak zaman sekolah sehingga kini 99% orang yang aku jumpa menganggap aku anak bongsu.
Masih mencari sebab yang kukuh mengapa.

2. Optimis. Kadang kala terlalu.

3. Lebih suka mendalami/memahami sesuatu perkara, sebelum menghambur emosi. Itu baru adil.

4. Sangat sentimental.

5. Dan ya, aku lebih suka mendengar lagu sentimental. Terutamanya lagu-lagu yang berinstrumen piano dan gitar.

6. Aku sokong muzik Indie. Kegemaran aku juga. Telinga aku selalu tumpu pada kumpulan The Times.

7. Jepun!! (anda faham tak?).

8. Kadang kala sangat cerewet bila mahu membeli barang. Kerna sekali aku beli, aku mahu guna selama-lamanya, jika aku mampu. Aku tidak kisah pakai barang tersebut selama mana pun.

9. Kelemahan aku: aku tak pandai mengikat atau membuka tali. Fail. 

10. Hati lembut.

11. Jarang terasa. Sekali terasa aku akan ambil masa yang lama untuk sembuh.

12.  Pemendam. Ya, aku lebih suka pendam. Bukan aku simpan  untuk dijadikan racun, tetapi aku lebih senang pujuk hati sendiri. Neutralkan rasa hati. Cuma bila sudah banyak terbuku, agak sukar untuk aku pujuk dengan baik.

13. Sangat suka membaca. Apa-apa sahaja. Janji membaca. Terutama sebelum aku tidur.

14. Kadang kala terlalu rigid. Membosankan.

15. Bab di meja makan, aku tidak suka dengar orang sendawa, minum sup dan air berbunyi, bunyi orang mengunyah dengan mulut terbuka besar, orang menghadap dengan gelojoh. Pokoknya, apa-apa bunyi yang terbit aku kurang suka. (kadang kala aku terbuat juga salah satu perlakuan di atas huhu).

16. Bila rasa sedih, marah, sayu, kecewa dan seangkatan dengannya, aku lebih suka berseorangan ke mana sahaja. Bawa diri. Selalunya ke tepi sungai, atau atas bukit. Pokoknya aku akan mengadu pada alam. Nature can't speak to you in your own way, but they does comfort you with their amazing ways.
Paling tidak pun aku akan duduk dalam gelap. Habit aku sejak kecil. Dalam gelap aku lebih selesa.

17. Aku tidak pandai meluahkan perasaan secara depan-depan. Terutama pada orang yang aku sayang.

18. Bukanlah seorang yang berkeyakinan dengan diri sendiri. Sehingga sekarang, emosi aku mudah tergugat jika soal keyakinan dijentik.

19. Menangis bila rasa perlu. Aku marah aku nangis. Aku sedih aku nangis. Aku rindu aku nangis. Aku sayu aku nangis. Satu yang pasti, aku susah untuk menangis dihadapan orang.

20. Aku selalu rindu.......rakan-rakan waktu sekolah dan kanda. Tempat mereka dalam hidup aku tiada ganti.

21. Selalu blur. Terutama bila aku tidak biasa dengan orang-orang atau situasi-situasi yang aku alami. Makanya aku selalu diam, sebab aku tahu kalau aku bercakap pun aku akan merepek-repek.

22. Aku hargai seni penulisan, sajak, puisi, teater, seni melayu. Indah. Sangat indah. Selalu menyentuh tepat jiwa aku.

23. Jangan tanya aku tentang tahap kesedapan sesuatu makanan. Aku selalu gagal menilai, kerana dari kecil lagi aku tidak berkira dengan makanan, rasanya, teksturnya.. Bagi aku semua sedap, kecuali bila makanan tesebut betul-betul tidak boleh aku telan. Aku seorang penilai rasa makanan yang tidak bagus.

24. Perangai dan mood yang selalu berubah-ubah. Maaf pada sesiapa yang pernah terasa dengan aku. Aku tidak pernah bermaksud untuk menyakiti siapa-siapa.

25. Aku paling suka warna hitam. Dan berserba hitam. Warna lain pun aku suka juga, terutamanya warna-warna lembut. Ummiku selalu menggelar aku black metal kerana penampilan aku. I just like being simple, ummi.

26. Aku lebih suka lihat hati orang, berbanding penampilan luaran mereka. Mata boleh mengabur, tapi tidak mata hati. Salah satu prinsip aku, jangan tengok orang pada luaran sahaja, itu hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran kamu.

27. Suka mendengar dan berbicara soal kehidupan. Oleh sebab itu aku sangat suka mendengar falsafah-falsafah orang lain tentang hidup, dan disebabkan itu juga, aku suka memerhati gelagat-gelagat manusia, dan cuba memahami soalnya mengapa.

28. Memasak itu adalah perkara yang sangat menarik. Suatu seni, yang aku suka, walaupun aku masih amatur.

29. Berunsur tanah, kata ustaz di sekolahku dahulu. Tanah mengalirkan air, meresap haba api,mengikut haluan tiupan angin. Beliau bilang boleh masuk dengan semua unsur.

30. Gila game. PS, PS2, PC Games. Dan sekarang sentiasa bermimpi untuk memiliki PSP.
Mimpi itu kan percuma huhu..


biar aku tak mampu miliki, tetapi sekurang-kurangnya aku ada gambar untuk ditatap huhu



Wednesday, July 21, 2010

sebuah buku yang memerlukan sebuah gitar


pagi-pagi lagi sudah hujan. memang rasa dingin merayap ke seluruh tubuh.
dalam mamai, bangun dan terduduk di katil.

hah! mimpi lagi!
lagi-lagi mimpi.
mimpi memang mainan tidur,
kata orang la.
aku tahu,
tapi kadang kala mimpi datang bukan untuk bermain.
aku kadang kala penat.
kadang kala selesa.
mimpi datang beri sesuatu.
aku terima.
aku guna untuk jalani hari aku.
peristiwa datang,
dan aku tidak terkejut.

cuma, tu lah.
aku ada buku dalam hati.
terkunci.
ikut aku, nak buka atau tidak.
ada masa aku buka.
bila terbuka, memang susah untuk aku kawal.
buat masa sekarang,
dia lebih negatif.
maaf untuk mereka yang tiba-tiba kekok dengan aku.
aku tak tolong diri aku lagi.
aku biarkan dulu.

walau aku tahu itu tidak bagus.

eksperimen diri, tak salahkan?
ada kesan dia, dan aku maklum tentang itu.
tiba masa, terpulang pada aku untuk betulkan.

aku sangat mahu memiliki sebuah gitar sekarang.
melodi dari petikannya mampu buat aku tenang.
buat masa sekarang,
aku penat membuku.
sudah berjilid-jilid.
aku mahu lontarkan.
luak separuh pun jadi la.
penat tapi aku tahan.

kadang-kadang aku penat memujuk diri.
tapi, ye lah. kalau tak pujuk,
aku tak rasa aku mampu senyum.




tempoh hari aku merayap ke kedai-kedai gitar. paling murah yang aku jumpa RM75.
ala. bajet aku tak cukup.
aku serius bila aku cakap aku perlu gitar. aku perlu luahkan melalui melodi.
sangat perlu.
ada tak sesiapa yang nak hadiahkan aku gitar?
aku tak kan lupa sampai mati.
ceit. mimpi la aku. =)

Monday, July 19, 2010

kalau sudah membusut.

perkara apa saja yang boleh aku lakukan.
kalau sudah membusut.
simpan berapa lama pun.
aku saja yang tahu.

tercalar sedikit pun,
aku sendiri yang menjerit.
kerana calar yang sedikit menambah pedih.
aku sendiri tidak kenal siapa aku.

mendap dalam mana pun,
aku sendiri yang sukat.
mengalir banyak mana pun,
aku sendiri yang tampung.

longlai terkulai aku pun,
tulang aku sendiri tempat aku bersandar.
senyum gelak aku pun,
manakan sama dengan arus lalu.

sungai mana harus aku pergi.
bukit mana harus aku jejak.
air terjun mana harus aku rasa.

sebab ini sudah membusut.
kalau busut ini makin meninggi,
makin lelah aku.
hari ini longlai,
esok lusa....
tak tercapai pemikiran aku.

kalau aku mampu,
aku mahu sembam muka ke dalam busut.
cari sebab kenapa busut makin besar.
biar busut boleh surut, kemudian hilang.

tapi, itupun sebab aku cakap kalau.

Friday, July 9, 2010

kahwin kahwin kahwin

makin ramai saudara mara aku yang kahwin.
sejak dua menjak ni. kebanyakannya kahwin pada umur bawah 25tahun.
suka giler pergi majlis dorang. SO SWEETTT! gambar kahwin pun cantik-cantik.


Saudara belah ummi


Nurul Asmak (Iyun) &  Fahrul Razi


comel dorang ni. Iyun ni suka wat lawak loyar buruk. Dah setahun kahwin dengan orang Parit Buntar.
Aku tengok dia happy je. Makin hari muka makin berseri2. =)

Waktu mereka nikah. Aku tak dapat hadir waktu ni. Aku rasa inilah momen yang mengharukan dalam mana2 majlis pun.



Lepas Iyun kahwin.. anak buah aku pulak kahwin.
Hmm? nape anak buah? ohh. dia cucu mak long aku. anak kepada anak sulung mak long yang sebaya dengan mak aku.

Mohsin & Isteri (ala aku lupa nama dia)


err aku snap dari tepi masa nih. kualiti tak baik. tengok kiri, mak long tengah berborak sakan hehe..


mohsin tangkap gambar dengan mak cik-mak cik nya..
aku kat bawah pentas masa ni. tengah makan. hee dorang ni tahu la aku sampai lambat,,melepas tangkap gambar T_T

Isteri Mohsin orang Sabah. Mereka satu kolej. Comelnya isteri dia =p


Lepas Mohsin.. Mira pulak yang menyusul. Mira? tengok balik gambar atas,dia berdiri kanan sekali.
Mira anak Pak Ngah aku (Mamak Besar). Dia kahwin dulu sebelum kakak dia, Diyana. Tarikh majlis dekat2 je. Tapi aku tak dapat datang kenduri dia. Waktu ni aku ada praktikal ko-k.

Emirah & Haniff



awat serius je muka kat pelamin tuh haha


so sweet.

Mira pun aku tengok happy je sekarang dengan suami. Moga kekal hingga ke akhir hayat..



Tak lama lepas tu,majlis Diyana pulak. Waktu ni aku dah cuti sem, jadi boleh pergi.


Diyana & Hasremy


berseri betul muka hehe..


gambar ni lepas dorang nikah.. gila berseri muka.

Diyana baru balik dari honeymoon kat Bali. Looks like they enjoy their time together there. Diyana, cepat-cepat dapat baby k haha.



Minggu-minggu lepas tu, Abg Eri pulak nikah. Dengan orang Rawang je,Bandar Tasik Puteri. Dah dekat dah ni hehe.

Hairi & Nadia 
feeling tuh.


cantik Kak Nadia nih..Alang senyum lebar, dapat jugak dia menantu perempuan akhirnya hehe.

Kenduri mereka lepas raya nih. Akan ku snap gambar mereka puas-puas. 




Saudara belah Abah

Belah abah, yang terbaru Kak Kinah..dengan orang maktab dia jugak. Maktab Bangi, dekat sangat dengan tempat aku. Tak sampai 15 minit perjalanan =) tapi suami dia sudah habis belajar, dan dihantar ke Sabah mengajar. Suami dia pun orang Kedah juga. Dekat aja, raya nanti senang, tak da gaduh-gaduh. =p

 Lepas nikah..

 masa ni mereka malu-malu hehe

Kak Kinah pun akan buat majlis raya ni. Insyaallah aku akan hadir. 

Sekarang kenduri masing-masing dekat-dekat aja. Aku rasa nanti lepas Kak Kinah mesti Kak Milah pula menyusul. Sebab Kak Milah akan tamat belajar tak lama lagi. 



Looking forward for my cousin's wedding. . .
Wondering who's next. . .





Hidup ini penuh warna,
Ada jodoh tak kan kemana                                                                     
                                                                                                                     
                                                                                                                                      
ada jodoh kita tak kan kemana. ke periuk yang sama  juga..

Monday, July 5, 2010

hati aku hanyut lagi.

              sesungguhnya sekarang waktu makin pendek.
dada aku makin sesak.
menung panjang.

sayu aku.
aku sangat rindu kesayangan2 aku.
aku mahu bertemu sebelum aku kembali semula ke rutin itu.
rutin yang makin lama menyesakkan aku.
tetapi aku cuba pura2 tidak kisah.
yang hakikatnya makin melibatkan aku dengan kemurungan.
cuti aku 2 bulan lebih.
tapi berapa lama aku jumpa.
sekejap saja, itupun waktu kenduri Laili.
aku yang kelam kabut, tak dapat begitu menikmati hari itu.
kalaulah basikal aku elok.
sudah lama aku berkayuh untuk berjumpa.

ahh. lagi-lagi kalau.
kalau sahaja tidak mengubah apa2.
aku rindu.
makin lama makin murung.

entah bila ya, aku boleh ketemu.
membebaskan kemurungan.