Thursday, December 31, 2009

kamu

tak terasakan rasa ini
sebelum aku kenal kamu

duduk di sisi kamu,
aku senang

kamu bisa buat aku debar
tangan sejuk.
kaki beku.
sampai aku mahu teriak pada diri
"hey, apa sudah jadi pada aku? baru nampak dia dari jauh sudah jadi begini?"

aku sedih,
tapi bila aku dengar tawamu duka itu hilang
buat aku terus mahu senyum

senyumanmu..
senyumanmu bisa buat hati aku tenang
hingga kadang-kala buat aku terkaku sebentar.

kamu jauh,
tapi kamu dekat
kamu tiada,
tapi kamu di mana-mana


kamu,
kamu beri dadah pada saya kah?
saya sudah lama lemas..
lemas rindu sebab kamu
makin hari makin jauh saya tenggelam.
kamu,
kamu nampak saya tak,
saya rindu kamu..
terlalu.



encik kamu.. tolong selamatkan saya.
saya lemas...
kamu saja yang boleh tarik saya keluar.
kamu saja..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

[kamu]=[kanda]

Friday, December 25, 2009

minggu pertama sem 2

aku ini sudah masuk sem2.
di dalam tahun 1.
aku daftar dengan tidak bersemangat.
aku jadi blur dan biul tiba2.
masuk bilik papan katil ada kotoran muntah.
muntah beruk yang pecah masuk bilikku ketika cuti sem lepas.
bau masam menusuk hidung memenuhi ruang bilik. bau itu membuat ulu hatiku pedih sedikit.
ya, hari sebelum itu aku didatangi gastrik, dan masih belum reda sepenuhnya pedih itu.
aku bawa tong sampah wing masuk ke bilik (saranan ummiku) lalu aku kutip polisterin bekas makan orang.. aku bersihkan muntah. bayi2 comel lalat mula keluar. menggelitik saat aku cuba untuk mengikis sisa muntah yang kering.

ah sudah. buat aku malas mahu senyum. aku jadi moody. heh.
roomate aku pula tiba. dia juga tidak tahan dengan bau ini.
kemas barang2. lihat pada jam. hmm?? sudah maghrib rupanya.
untung sahaja aku sudah habis susun semuanya, kecuali buku2 dan kertas2 sem lepas.

aku tunggu tengah malam, aku mahu daftar kursus. talian online dibuka pada tepat pukul 12.
sempat aku daftar.

ya, esok ke kelas pertama, pukul10. aku lambat, aku masuk ke kelas pukul 1025.
tapi seperti ku jangka, pensyarah tidak ada. pelajar yang hadir pun tidak sampai sepuluh.
aku sudah maklum. masakan talian baru dibuka pukul 12 tengah malam tadi, jumlah pelajar set ini sudah penuh?

heh. balik ke bilik. titas sepatutnya ada pada jam5 hingga tiga jam lamanya.
tapi pensyarah sudah umumkan, kelas bermula pada minggu kedua januari. lapang sedikit.
hari selasa biasa2 aja, terjumpa roomate matrik ku, fana. jadi berbual sebentar lalu aku pergi.
kerana dia mahu masuk kelas. kemudian aku masuk ke kelas biodiversity. lihat tayangan video binatang. Subhanallah.. tak henti2 aku ucapkan lafaz itu sepanjang sejam lebih.
Allah itu sesungguhnya maha pencipta. andai ada waktu, aku akan huraikan mengapa.
dan, tiba masa pula kelas prinsip sains sekitaran II. dan kelas bersurai, tidak ada lagi kelas setelah itu.
hari rabu. bikin kami debar. kelas mulanya pukul12, habis pukul5, bagi sebahagian dari pelajar course kami. yang sebahagian lagi habis pukul7.
ok, itu mungkin biasa bagi kamu. kelas itu straight, tiada langsung gap.
tempat jauh2. mula2 dari fssk (fakulti sains sosial dan kemanusiaan) untuk kimia selama 2jam.
pada pukul 2 ada kelas prinsip di fakulti sendiri (fst-fakulti sains dan teknologi). juga 2 jam.
kebanyakan kami masuk lambat 20-25minit dari masa yang sepatutnya. kami kejar solat.
habis pukul 4, kami perlu gegas ke ktams (kompleks tun abdullah mohd salleh) untuk statistik gunaan. ini yang paling menguji. tempatnya jauh. di hadapan fakulti pendidikan sana. sangat mustahil untuk kami sampai dalam masa 5minit. sangat2 mustahil, kecuali kalau kamu naik bas atau punya kenderaan sendiri. haha. pelajar2 sains sekitaran tiba lewat 20minit.. kebanyakannya termengah2 di pintu dewan kuliah.

di dalam kuliah aku tidak begitu tumpu pada kuliah. sebabnya?

pertama, aku dari dahulu tidak gemar statistik.
kedua, kerusinya sangat selesa. empukkk.
ketiga, aircond nya masih seperti dahulu, suhunya rendah. bikin kita hampir beku. (pada sem lepas kuliah untuk ko-k khidmat masyarakatku berlangsung di sini. tiap2 minggu selepas 3 jam kuliah kaki aku jadi sangat beku. bila dijejakkan kaki ke lantai aku tidak rasa apa2. terlalu kebas)
keempat, ruangnya sangat luas, silingnya tinggi. lebih luas dari panggung wayang. jadi penumpuan kepada pensyarah kurang. aku jadi jahat dalam kuliah. aku pejamkan mata dan menikmati kerusi empuk. dalam hati sesekali membentak2, mempersoal "perlukah ambil statistik, perlukah?? aku tak sukaaa! tak suka tak suka! "
haih, apa boleh buat. mulai hari itu aku tanamkan pada hati bahawa statistik itu best, statistik itu senang. memang hati aku membentak bila aku ungkap begitu, tapi, aku percaya, lambat laun dia boleh terima. hati aku membentak saat aku taip ayat ini.

pukul5. kelas sudah habis. aku keluar. sebahagian dari kami bergegas pula ke fst kembali untuk kelas teknik analisis sekitaran. pukul 5 hingga 7. aku sudah ambil subjek ini sem lepas.
simpati pada mereka, terbayang mereka terkejar2 untuk solat asar pula.
hari rabu memang hari yang tidak tenang.

hari khamis biasa2 aja. kelas mula pukul 3 hingga 5 petang. tapi prof kimia mahu sambung kelas dari pukul 6 hingga 7 petang, mulai minggu depan.
hari jumaat. aku tak lalui lagi jadualnya.. jadual hari jumaat?
heh. aku bisa bangun pukul 12 tengah hari jika mahu. hari jumaat cuma punya satu kelas sahaja, statistik gunaan. pukul 4 hingga 5 petang.

minggu pertama sem emosi aku tidak betul sedikit.
blur pun ada.
tengok sahaja minggu2 yang hadapan lagi bagaimana.
pasti lebih elok dari sebelumnya.
aku mahu yakin dengan ayat itu.

entri yg membosankan. apa2 pun, merry christmas pada mereka2 yang menyambutnya.
peace. aku sokong 1 malaysia.

Wednesday, December 23, 2009

cinta tidak memerlukan sebab

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri: kenapa abang menyukai saya? kenapa abang mencintai saya?

Suami: abang tak boleh nak terangkan sebabnya, tetapi abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri: abang tak boleh terangkan sebabnya? macam mana abang boleh kata abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tak boleh terangkan sebabnya.

Suami: betul! abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! tidak! saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. dalam bentuk puisi dan syair lagi. mengapa abang tidak..

Si suami menarik nafas panjang dan berkata, "baiklah! abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. abang suka senyuman manis sayang dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya.

Selang beberapa hari kemudian, si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berbisik kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam koma kerana dia tahu isterinya tetap mendengar,

"sayang! jika disebabkan suara aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

jika disebabkan senyuman aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. jika disebabkan langkah aku mencintaimu... sekarang bolehkah engkau melangkah? tidak! oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. aku tidak mempunyai sebab untuk mencintaimu lagi. adakah cinta memerlukan sebab? tidak! aku masih mencintaimu, dulu, kini, selamanya dan cinta itu tidak perlu sebab.. kadang kala perkara tercantik terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. tetapi.. ia boleh dirasai di dalam hati."

maka mengalirlah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu...

dipetik dari http://www.koleksicinta.blogspot.com/.

cinta itu tidak perlu sebab bukan.. kamu rasa dan kamu akan tahu.

kerna, rasa itu misteri.

Saturday, December 19, 2009

tahun baru islam ini.

dunia kita sudah masuk 1431 maal hijrah.
salam maal hijrah untuk semua umat islam.
moga kita semua berubah ke arah yang lebih baik.
amin.


aku mahu jadi hamba yang lebih baik pada tuhannya.
aku mahu jadi dinda yang lebih baik pada kandanya.
aku mahu jadi ahli yang lebih baik pada keluarganya.
aku mahu jadi kawan yang lebih baik pada kawannya.
aku mahu jadi pelajar yang lebih baik pada pelajarannya.
aku mahu jadi ahli kumpulan yang lebih baik pada kumpulannya.
aku mahu jadi rakyat yang lebih baik pada negaranya.
aku mahu jadi yang lebih baik dari sebelumnya.
aku mahu...






"maaf andai aku menyakiti hati kamu lagi. aku xberniat begitu langsung"
kredit hp ku sudah habis. tamu mahu datang. daku perlu tolong ummi. maaf tidak dapat untuk hari ini. tak sanggup berkata tidak. ummi tidak begitu sihat.
maaf... saya syg kamu. terlalu.

Friday, December 18, 2009

Sudah mahu ke penghujung


Cuti sem semakin berakhir.. aku bakal pulang ke kampusku semula, mula sem baru.
baru semalam aku periksa keputusan peperiksaan sem1 aku.
hasilnya, ok. dengan usaha aku yang tidak kuat sepanjang sem lepas, aku kira keputusan ini memang sangat patut aku syukuri.
Alhamdulillah... aku bertekad untuk tingkatkan lagi pointer di sem hadapan.
hidup kan perlu maju ke hadapan. =]

sepanjang cuti, tak banyak perkara yang aku buat.
bekerja separuh masa jauh sekali.
keluar berjalan-jalan, tidak pada kali ini.
aku hanya keluar pada hari raya haji tempoh hari. itupun ke Gombak, rumah saudara-mara.
yang selebihnya hanya di kawasan yang dekat-dekat sahaja, itupun sebab aku temankan ummi.

aku fikir cuti ini mahu ketemu sama nadia di Shah Alam, tapi tak kesampaian juga.
dah terlalu lama tak bertentang mata dengan gadis yang seorang ni huhu
.
(dalam erti kata lain, aku rindu mahu jumpa sama dia)

Oh, aku tak berjumpa kawan-kawan sekolahku cuti ini, kecuali hari itu,waktu awal cuti sem dahulu. aku diajak berjumpa di kfc batang kali. ada izzati, fazlyn dan juga hani.
duduk di tingkat atas, kami terjumpa tat yap, dia duduk di meja berdekatan kami.
(meng'on9', seperti zatie
)

berbual ringkas sahaja.. dia kini bekerja di KLCC. kami terjumpa juga laili di sana. tak dapat berbual-bual panjang dengan dia, kerana dia di dalam waktu kerja ketika itu. apabila ditanya bila dia mahu buat kenduri, dia bilang dia akan beritahu kami-kami nanti.
dia sudah punya tunang.. mungkin laili adalah orang pertama yang menamatkan zaman bujangnya dahulu. mungkin.
hehe.

itu sahaja. tidak ada yang menarik sangat kecuali pada hari lahirku..
oh! mungkin ada. ya ada. aku lepaskan rindu aku pada kuali dan senduk.
hehehe.
aku belajar memasak lagi. kadang kala aku yang memasak di rumah, kerana ummi tidak berapa elok kakinya, dia tidak mampu berdiri lama-lama.
sedap atau tidak, kami telankan sahaja haha.
rezeki sudah ada, ambil sajalah. =]


belajar memasak dari internet dirasakan mudah.
mudah kerana resepinya nampak simple.
mudah kerana cara-caranya nampak ringan.
cuba resepi pun dengan senang hati.
tapi, dari segi teknik, ia tidak senang.
kadang kala rupa hidangan tidak menjadi sangat,
walaupun rasanya boleh dikatakan ok.

alah, mana nak sama belajar teori dan praktikal kan?
aku ada buat puding caramel hari itu. rasanya menjadi, tapi bentuknya.... T_T
(nasib baik rasanya tak lain, habis juga dimakan satu keluarga fuhh)
sebagai kesimpulan, memasak itu memang seronok, dan aku suka.
(walaupun aku tak mahir dan tahu sangat sedikit resepi hehe)

cemburunya pada akak sepupuku. hostel dia dilengkapi dapur. dia boleh memasak jika dia mahu.
kolej aku nak masak pun kena curi-curi.. itupun memasak menggunakan rice cooker
.
aku dapat rasakan aku bakal rindu dapur lagi sem depan (tambah2 bila poket sedang kering huhu)

heh..semangat untuk sem baru belum cukup..
aku harap aku mampu lakukan segala tugasan yang aku bakal terima dengan baik..
tekanan pastinya akan berkawan dengan aku nanti,
muka ketat aku sudah tentu akan menjelma lagi haha
..aku pasti tentang itu.
selamat tabah untuk aku.. dan juga mereka2 yang seangkatan denganku.

mari kita senyum selalu. baru bikin hati senang. =]



Thursday, December 17, 2009

Genap 19

11.57 p.m si pencuri hati mengucapkan selamat hari lahir pada aku.. dia bikin aku senyum.. (kamu yang pertama. terima kasih kanda)

masuk 00.00 a.m dan jam seterusnya, aku terima lagi ucapan dari insan-insan lain..

ikinku, neko(fazlyn), hellwa, noreka, nini..

(ikin dan noreka hantar mms sebenarnya, malangnya waktu itu aku guna hp yang tak dapat terima mms.. tp untung aku, dapat terima juga mms mereka)

dari sudut hati ini,

terima kasih kalian..

demi tuhan yang maha mencintai,

terima kasih..

aku kira hari itu adalah hari yang luar dari kebiasaaannya berbanding hari-hari biasa yang aku lalui di rumah. dari pagi, tiada seorang pun ahli di rumah yang mengucapkan selamat pada aku. itu memang sudah tipikal, jadi aku tak kisah..dah jadi kebiasaan untuk aku tiap-tiap tahun, tambah-tambah lagi ummi sedang dilanda gangguan kewangan. jadinya aku memang tak mengharapkan apa-apa walaupun ummi lazimnya akan bawa kami adik-beradik makan malam di luar kalau ada di antara kami yang umurnya sudah genap.

tak mengapa ya ummi, akak faham.

hujung tahun memang kos perbelanjaan tinggi, persiapan sekolah adik-adik, yuran sekolah mereka lagi. nak pulak bulan ni tiba-tiba peguam minta bayaran rm2500 untuk uruskan hal prosedur rumah...kita sedang diuji lagi dan akak tahu ummi kuat. dari dulu lagi ummi kuat.

ummi, terima kasih kerana mengusung akak 9 bulan dalam perut, lahirkan akak dengan susah payah, dan bersama abah membesarkan akak dari kecil sehingga sekarang, genap 19.
terima kasih..akak tahu dari akak kecil lagi macam-macam benda pernah ummi tempuh. semakin akak besar, semakin akak belajar nilai ketahanan itu.

jadinya, pada waktu siang aku cuma buat hal-hal seperti kebiasaannya di rumah.
sehinggalah, panggilan itu masuk.

"tengah buat apa tu"

"tak gi mana-mana ke hari ni"

"tengok la macam mana kang, kita kuar minum"


keluar minum dengan dia.. semestinya aku jawab OK!
aku jarang dapat bertemu dia

terima lagi panggilan dari dia minit-minit selepas itu.

"tengah on the way"

maka kami minum di Sg. Choh. ajak Ikin sekali, kerana dia ada di Sg. Choh juga pada waktu itu.
kalau sempat dia datang katanya.
duduk minum. agak lama juga, kerana dia mahu tunggu kawannya datang.
pelik juga aku waktu tu. dia tunggu kawannya agak lama. tapi aku xkesah, asalkan aku duduk di sisi dia.. ada dengan dia.
akhirnya kami pulang juga.. tidak sempat berjumpa kawannya pada waktu itu.
dalam kereta dia bilang, "hari ni ingatkan nak celebrate tadi"

"oh.." aku blur sedikit, tidak tahu mahu respon apa waktu itu, kerana gayanya begitu bersahaja.

aku sampai di rumah. dia beri kek pada aku. bertulis ucapan hari lahir.
aku tersentuh.
(kamu bikin syg tersentuh tahu.. kek tu sedap.. antara kek hari lahir syg yang paling sedap pernah syg rasa.. tak pernah orang buat begitu pada syg. demi tuhan yang maha mencintai, terima kasih...)

11.12.2009

aku tak kan lupa.
terima ucapan selamat dari mereka-mereka,
terima kek dari dia,
buat pertama kali, aku duduk di sisi dia pada hari lahirku,
dan yang paling penting, Alhamdulillah.. aku masih bernafas...
Alhamdulillah..

genap 19.
lagi 359 hari menuju angka 20.
jumlah besar, nampak lama, tapi aku yakin, masa itu pasti berlari pantas. sekejap.

untuk aku, "selamat menempuh ujian baru. umur baru, ujian baru juga pasti muncul. selamat bersabar dan selamat maju ke hadapan"

hoh..da nak 20 tahun rupanya.. gulp.

Tuesday, December 8, 2009

pemula.



suka menulis, tetapi mungkin kosong isinya.

sentimental, kadang kala terlalu.

suka memerhati tetapi tidak suka diperhati.

sekali dinyala semangat, sampai ke penghabisan tugas dilakukan.

punya hati dan ya, sudah lama dicuri.

tidak percaya pada pandangan pertama.

punya niat untuk memelihara alam sekitar.

dari raut, mungkin tiada yang dapat meneka apa yang tersirat.

kadang kala melayang tetapi tidak pernah mahu terlalu jauh.

menelinga pada hati, kerana ianya selalu betul.

hidup ini panjang, gurunya ramai, dari mereka, aku belajar.