Thursday, April 28, 2011

pagi subuh.


hujan lebat malam tadi.
menggila, dengan suara kilat gerun.
sedar-sedar, blok aku blackout.
panas mula dirasa.
nyamuk-nyamuk mula mengejar hidangan badan.

dalam samar aku lihat suasana gelap gelita.
tetapi sekelilingku bergerak.
entah.
aku selubung selimut, dan tidur semula.


sedar-sedar semula,
sayup-sayup aku dengar laungan azan.
lembut.
6 a.m
sayup... syahdu.
aku terasa mahu menangis.
besarnya kamu Allah...
hinanya aku.
hina.
aku hambaMu yang jijik.
tapi,
masih Kau lembutkan hatiku.
Kau masih beri kasih sayangMu pada aku..
Kau benar-benar ar-Rahim...

Ya Rahim... aku tidak mahu lari dari dakapanMu.
bimbinglah aku ya Allah...
perluaskan jalan cahayaMu pada 'kami' Tuhanku...


aku hambaMu yang jijik.






pagi subuh.
sejuk mencengkam
badan meringkuk di penjara katil
konon tidur itu raja.
heh,
waktu azan dilaung.
terus terkaku
batin tercelik
tidur itu nikmat
tidur bukan raja

hati kuat meronta
mohon cepat.
mohon cepat...
dia bilang.
"Tuhan aku sedang tunggu aku"

sentap.
menangis mata hati.
maka digegaskan diri menyuci
digegaskan diri menghampar sejadah
hati diam
tidak meronta lagi
malah tersenyum.
dia bilang
"aku hidup, bila dekat dengan Tuhan aku"
Allahuakbar.
lalu badan bersujud.
lama.
rasa dekat.


6 comments:

  1. yup aku hamba yg jijik
    bimbing aku ya Allah :'(

    ReplyDelete
  2. pernah rase macam ni gak

    siyes bulu naik tetibe mase azam subuh berkumandang mase tuh la ase macam syukur dilahirkan dalam islam =)


    like the way u write =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah jika ada kesedaran..missing u ecah!!!

    ReplyDelete
  4. adwa: moga kita diampuni Tuhan..:(

    mai:rasanya lain kan..isk.tq mai..

    ReplyDelete
  5. along: rindu kamu juga along! slmt berjaya di sana.. alhamdulillah..

    ongah: keturunan osman kancil :)

    ReplyDelete