Wednesday, February 9, 2011

selamat malam cinta

"selamat malam cinta''
bisik ke telinga. melebarkan senyum aku.
memori.



huhhhh. aku cuba kuat. aku cuba kuat...



9 Februari 2011.

kedua telapak tangan aku sudah mula sakit dan pedih.
nanah keluar tanpa sedar. perlu sentiasa sedia dengan kapas.
jari sukar dibengkok.
hampir setiap malam terjaga dek tangan yang rasa gatalnya tiba2 menggila.
hari ini, aku bangun. badan rasa agak lemah sedikit. aku seperti hendak demam.
bisa tangan datang pula. dahulu selalunya belah kiri sahaja. hari ini kiri dan kanan.
2 hari lepas aku sudah rasakan kesakitan untuk menulis pada tangan sebelah kanan.
hari ini... hilang mood aku untuk ke kelas. tangan berdenyut-denyut.
ini yang pertama, untuk aku putus asa datang ke kelas. 3 kelas berturut-turut. aku bulat hati.
aku tahu aku tidak akan boleh fokus dalam kelas. untuk menulis... agak sukar sedikit.
dan untuk tahan denyut dalam kelas... aku tak mampu.
aku tahu aku tak mampu. sejak dua hari lepas bila denyut datang di dalam kelas.. ia mengganggu aku.
hehh. aku putus asa untuk ke kelas hari ini.
bekalan ubat dari doktor kedua sudah habis. it's getting worse, not better.
aku ke pusat kesihatan kampus pula.

masuk ke bilik doktor, aku cuba menarik senyum.
pagi itu sememangnya menarik mood aku. sakit mendominasi aku.
doktor lihat kedua tangan aku.
dia kelihatan simpati.

doctor: "when was this happen?"
"about week ago"
"the previous doctor at my area said it caused by allergic to paint or whatever. he does not specify."

doctor: "no it is not paint allergy. Are you sensitive to detergent?"
"no.."
tak pernah dalam seumur hidup aku. selama ini guna sabun untuk apa2 hal tiada apa2 yang berlaku.


doctor: "Ok, i'll give you antibiotics, antifungal cream, ubat antigatal and antiseptic. We don't know what's the cause of this. It is from inside the body. Try this medicines first, and come to see me again this friday evening. We will figure what is the cause after you use the medicines."
"thank you.."


ringkasan sahaja sebenarnya.
aku ingat aku kena hand ezecma.
pertumbuhan vesicle di telapak kanan aku makin nampak. mula memberi impak gatal dan pedih. tangan kiri aku sudah mula didominasi olehnya. aktifnya. jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri sudah lain bentuknya. tidak boleh dibengkokkan.
janganlah tangan kanan aku jadi serupa itu. sangat sukar untuk aku membuat segala kerja nanti.
agak geli juga jikalau diperhatikan kedua tapak tangan aku.
moga segala dipermudahkan. sejujurnya aku sudah putus asa sedikit. aku langsung tidak memotivasikan diri aku.
sabar. sabar itu indah.......




kamu, elok2 ya.
walau di mana kamu berada.

3 comments:

  1. ya Allah..nape lah tgan kau nie..
    saba wehh..bnda 2 akan mngaja kite..
    care mudah nak dapat pahala..
    jadi harus tros snyum even pahit.:)

    ReplyDelete
  2. owh bersabarla rumate ku..t g jumpa pakar taw

    ReplyDelete
  3. eka: xtau... doc pun xpasti.
    kalo x elok jugak isnin ni kene rekomen jumpe pakar. mak aku kate baliklah,die nak bwk jumpe pakar kulit kat Klinik Dharan kat Rawang tu. tapi bile aku ckp aku ade midsem exam n asgmnt,die ckp balik je la maulidur rasul nanti. aku ingat nk balik. aku da tempang sebelah, tapak kaki kai kanan die tumbuh sket,tepat2 dekat tapak yg contact dengan permukaan..ye btl...dpt kurangkn dosa kn. :)

    murni: baikkk...sory asyik ternampak kulitku yang menggelikan.

    ReplyDelete