cubaan untuk mendapatkan gitar,
aku kira gagal untuk kali ini.
masalah kewangan pula timbul.
antara makan dan pelerai mendap, aku pilih makan.
sekarang, perut aku sensitif. tak makan, sakit. salah makan, pun sakit. makan tak makan pun sama sahaja.
makin lama makin teruk pula perutku. minum teh secawan pun mula memedih. kopi, nescafe apatah lagi.
kalau perut kosong, makan keropok atau benda bergoreng, ulu hati membakar.
sejak raya ia makin menjadi sakitnya. aku tahu bisanya tidak hilang lagi.
sampai sekarang. makan lambat sikit pun sudah pening satu badan.
selalunya sekarang, untuk redakan sedikit bisa perut, aku bancuh setengah cawan susu tepung, air penuh 3/4 cawan.
dahulu 2 minggu sekali aku bancuh pekat begitu. sekarang, lebih dari 3 kali seminggu.
aiii muaknya aku telan ubat. aku tidak tahu sakit yang ini sudah tahap berapa.
jumpa doktor pun aku sudah hafal alasan untuk minta ubat. (minta bila betul-betul terdesak)
tidak silap aku, sejak aku menyertai alam matrikulasi, semua ini menyerang.
mula dari perut, sampailah migrain.
tekanan ke? hah.
tak la, sakit rindu pada kepingan-kepingan hidup saya kot. makin jauh kami. ruang bertemu sangat terhad.
(banyak la kamu!)
dan sekarang, sejak zaman matrikulasi sehinggalah sekarang,
"aisyah! makin kurus kau sekarang"
"cengkungnya badan kau. macam orang sakit aku tengok"
"minah ni keding betul la"
semua aku dengar dari mak cik-mak cik dan saudara-mara bila kami bertemu.
ketara sangatkah perubahan badan aku?aku senyum sahaja. jawab,
"tekanan belajar tu cik"
dalam hati mahu gelak.
tekanan lah sangat
kenapa badan aku susut, aku pun tidak tahu.
yang aku tahu, jiwa aku makin hari makin sarat.
sarat weh.
di sini, aku kadang-kala lebih senang jalan seorang, dalam dunia aku.
aku senang juga tinggal di sini, pokok hijau merata. sejuk hati.
cuma, tu lah.. rindu lah. rindu untuk berkongsi cerita selalu.
get a life la weh!
boleh ke aku?entah. tengok aja.
i'll follow the flow.
senyum plastik selalu. peace.
sayang, tunggu saja sem depan.okay?;)
ReplyDeleteaku akan jadi si putera dengan kuda putih baka terbaik datang dari nowhere and selamatkan kau.
eceh.
please do take care of ur self kayh dear. tak mampu nak jaga kamu coz i'm not by ur side.
ReplyDeletenini: baik, aku tunggu. kalau bawa baka yang berasap di belakangnya siap ah. ahaha.
ReplyDeleteikin: bek dear.. i will.. nnt kite semua pergi broga hill jom..tak jauh sangat dari ukm..
broga hill! jom jom!
ReplyDelete