Tuesday, October 26, 2010

perang dah mula.



see. exam aku esok, malangnya satu apa pun aku tak ingat.
I'm doom man. 

kalian faham tak perasaan seorang askar yang tiada semangat juang,
tetapi perlu ke medan perang juga?
isk.
isk.
iskkkkkk!

Aku serabut. Banyak assigment perlu diselesaikan secepatnya. Study week tiada pula sem ini.
(to be exact, the first time in UKM's history)

keyboard rosak. tugasan berapa lama tergendala.
semalam pergi kedai. install new karpesky and want to repair keyboard.
karpesky= RM50
keyboard= RM220

mak aih.
tak mampu saya.
so, saya guna external keyboard dulu.
rubber.
susah sedikit mahu taip sebab dia lembut.
mahu beli external keyboard pc, tapi nanti-nanti aja.
harga RM30.
jadi,RM80 sudah tiada di tangan.
baki yang ada perlu jimat.
insyaAllah mampu. insyaAllah :)

nah, tak selesa taip, tapi,
sabar itu kan indah.








selamat menjalani hari indah kalian.




mood: extremely doom.

Monday, October 25, 2010

bila aku sedang rasa sesak, macam-macam aku buat.















.
.
.
.
.
.

saya nak model nih masa kenduri kahwin saya ya!



kalau takde saya tak nak wat kenduri hahahaha!





p/s: ikin n nini, sory saya pun ada mekap kan gambar korang. cun woo ada eyelashes n blusher.
sorry saya tension perlu buat sesuatu untuk lepaskannya hihi ^_^

Ini cerita tentang adik lelaki aku.


Zzzzz.. K800i aku vibrate. aku kalih renungan ke skrin.

Toha, Umi tahu kamu sentiasa berjuang untuk
kejayaan SPM, umpama nak merebut kunci
kejayaan kecil dunia yang tak pasti jaminannya.
Yang pasti balasannya ialah meninggalkan solat.
Di dalam kubur ular syujaal akraf menanti.
Di neraka sungai nanah dan darah menjadi tempat
tinggal hasil daripada kita ketuk amalan sendiri.
Soalan amalan yang paling lama ialah solat selama 21 tahun.
BERMUJAHADAHLAH MELAWAN NAFSU DAN
SYAITAN UNTUK KEJAYAAN AKHIRAT.
From: Ummi, 10 October 2010, 20:39


aku baca sahaja, tidak balas. sebab aku tahu dalam diam, ummi mahu aku tahu yang adikku ini sedang dinasihati, mungkin sedikit sebanyak  bila aku bertemu dia nanti aku boleh memberi nasihat pada dia.

ahhh. Muhammad Thalhah Othman. jarang dia mahu dengar kata orang. seorang yang memegang keputusan dia sendiri. Kalau dia cakap tak nak, buat la apa pun, dia tetap tak nak. Selalunya bila aku minta tolong membantu mengemas rumah, pada waktu dia tidak mahu, dia persetankan aja cakap aku. Dengan muka tiada perasaan. heartless. sebiji macam abah.

Tapi ketika dia sedang raijn, pantas aja kerja-kerja dia lakukan. tidak cincai. respek sama dia.

Aku rasa aku tahu kenapa ummi beri mesej begitu pada dia. Sejak masuk asrama, dia umpama kelawar, siang tidur, malam jaga. Nak nak bila cuti. dia akan tidur pukul 4 pagi. Kadang-kala bila kejut solat subuh dia tidak beri respon. Sudahnya subuhnya selalu qada'. Kemudian sambung tidur lagi sampai tengah hari atau zohor. Kalau subuh ummi tidak turun bawah lagi, ummi akan kejut dia kaw2. hahaha berani kau nak lawan ummi. hahaha..

Antara kami berenam, dalam diam aku akui dia yang paling bijak antara semua. 
Memang dari kecil, dia seorang yang aktif. I must say, hyperactive. Selalunya orang-orang kampung pasti geleng kepala kalau ummi bawa dia ke rumah. Semua benda dia sentuh. (kalau budak kecil perangai begini, biar sahaja, itu tandanya mereka dalam proses pembelajaran tentang objek dan deria. perhatikan sahaja keselamatan dia dan barang-barang tuan rumah).
Pinggan pecah, pasu pecah, permainan-permainan terabur, cawan, gubahan bunga............
macam-macam. sampai ummi naik malu.
Bukan malu sebab punya anak macam dia, tapi malu dengan cercaan orang-orang. Kami sangat susah dahulu.
Sangat-sangat susah. Abah gaji RM300,anak sudah tiga. kecil-kecil belaka dan umur dekat-dekat.
Ahhhh. Manusia. Nak uji setianya mereka pada kita, tunggu waktu kita jadi susah nanti.
Nak lihat bagaimana hatinya lagi, tengok waktu kita sulit.
Malu ummi dengan cercaan mereka-mereka, hingga dia tiada keyakinan untuk keluar bersemuka dengan orang. Bila anak pula buat onar di rumah orang, faham-faham sahaja lah perasaannya bagaimana. 

Oah (Thalhah) memang seorang yang aktif. Sifat ingin tahu pada semua benda sangat tinggi. Itu pasal dia sentuh macam-macam. Disebabkan itu, ummi selalu pukul dia. Kadang-kadang sampai lebam.
Bukan sebab ummi benci dia, ummi mahu ajar dia.
"Lain kali pergi rumah orang jangan buat macam tu. Berapa kali ummi dah cakap."
Lebam-lebam sudah biasa pada badan dia. (ahh kami pun sudah biasa lebam-lebam di badan dipukul hahaha)

Cuma, antara kami-kami masa kecil, dia lah yang paling teruk dipukul. dan abah, dia tidak sampai hati tengok oah dipukul. (yang sebenarnya dia tidak sampai hati lihat semua anaknya dipukul).
Oah selalu abah bawa keluar bila dia dipukul. 
"tak sayang anak ke?" 
abah bilang pada ummi. kemudian oah dan abah keluar menghilang.
ummi terdiam. sebab dia sayang anaklah dia pukul. abah lihat perspektif salah.
Untuk semua, jangan tarik budak yang sedang dipukul kerana silap mereka. Nanti mereka keliru. Mereka akan ingat apa yang mereka buat tu betul, dan mereka akan ingat tiap laku mereka buat, ada jaminan penjaga.

Dan, kerana itu, dia menjadi keras kepala. Dipukul pun tiada kesan. Dia sudah lali.


Aku ingat lagi, waktu adik keempat kami lahir, Suhaib (kami bilang Uaib dalam keluarga), dia selalu kuda-kudakan adiknya.
Mangsa buli. hahaha..

Dia masa kecil, tidak pernah mahu susahkan ummi. 
Dulu-dulu, waktu dia 2 tahun lebih, dia mahu mandi. Ummi cakap sebentar, ummi ada kerja nak buat.
Diam-diam dia tarik kerusi, naik ke sinki dapur. Terus aja mandi di situ.
Lama-lama dia mandi sendiri aja. Dia dari kecil tahu aja cara nak selesaikan sesuatu masalah.

Masa kecil juga, tak silap aku umur dia 3-4 tahun begitu. Bertentangan rumah kecil kami ada sebuah rumah yang punya tangga yang tinggi. waktu lapang kami akan duduk-duduk di situ. Berdekatan dengan tangga ada ampaian baju. Mush'ab (Oab) cabar dia lompat dari tangga tertinggi, terus  bergayut ke ampaian.
Oah pantang dicabar. dia lompat. pekkkk! jatuh ke lantai. tak boleh gerak.
Tak menangis langsung. terus dia dibawa masuk ke rumah. ummi ingat dia sakit biasa. ummi tinggalkan dia di rumah dijaga oleh kakak saudara.
Malam ummi pulang suhu badannya naik. ummi bawa ke hospital, rupanya kaki dia retak.
hehhh disimen, pak lang aku orang pertama yang conteng simen kaki dia.
"budak nakal" hahahaha..
tak lama lepas itu simen dibuka, sepatutnya diperiksa lagi. tapi dia bilang dia sudah elok. berlari melompat segala.

Masa kecil juga dia buat kerja gila. dia ambil bola tengah jalan, waktu itu bas sekolah lalu. dia tidak mengelak. dia bilang bukan bas yang boleh langgar dia, dia yang langgar bas.
nahhhh. sudahnya dia terselit bawah bas, nasib baik tidak ada apa-apa. aku yang waktu itu kakak,
satu petang malu jumpa orang. takut dicerca tidak pandai jaga adik.

kalau pergi ke pasaraya, ummi selalu suruh aku dan oab jaga dia. sebab ummi kena pegang uaib yang masih bayi. malangnya dia selalu hilang. sebab aku dan uab, dua-dua jenis penakut masa kecil, berbeza dengan dia.
sudahnya dia hilang entah ke mana, kami pula dicubit hahaha.
tapi ummi tak pernah risau pasal dia sesat atau apa (kecuali risiko diculik orang), sebab waktu masuk pasaraya dia hilang, waktu mahu keluar pasaraya dia akan datang kembali. selalu on time.
tak pernah sesat. (mungkin pernah, tapi dia cari jalan keluar sendiri).

ada-ada aja akalnya.
kalau main lego, pasti akan buat ciptaan robot yang canggih.
gilaaaaaaaakkkkkkkk. 
terus aku rendah diri. power betul ko. aku takat ada bentuk petak jadi la haha.
selalu membuat ciptaan-ciptaan yang unik, sampai sekarang, aku rasa dia paling sesuai untuk jadi jurutera.
dia benci bio,senang cerita benda yang menghafal.
dia paling senang dengan add math dan fizik.
dia sukar untuk menerangkan, benci diarah dan suka mengarah. aku rasa memang paling layak ambil jurutera, bukak company sendiri.
dia orang yang ikut kepalanya sahaja.
nahhhh di facebook aku terbaca bio di profilenya, "aku senang dengan cara aku!"
itu pun dah cukup untuk gambarkan dia orang yang bagaimana.

waktu darjah 5 dan 6 dia bersekolah di tempat ummi mengajar dan menjadi ketua pengawas.
dapat 5A UPSR, tetapi dia tidak mahu ke sekolah asrama.
Ummi berkeras, sebab tidak mahu dia terpengaruh dengan budak-budak nakal di kawasan rumah.
akhirnya dia ke MRSM KKB. sampai tingkatan 5 sekarang.
dia, kalau tidak mahu memang dia akan memberontak.
tengok, berapa kali ummi abah dipanggil oleh cikgu disiplin sebab dia.
ada-ada aja.. 
dan paling buat ummi geram, dia merokok di situ.
ummi tidak suka rokok.
habis banyak perlian yang dia dapat. kadang-kadang aku pandang dia bila dia kena perli.
pandangan yang bermaksud "rilex ah, macam tak tahu je ummi macam mana. ko cuba berhenti k".
dia masuk pertandingan robotik dan menang.
dia juga top10 terbawah dalam akademik di MRSM.
yang kelakarnya, aweknya top10 teratas di MRSM. 4flat setiap sem.
macam mana mereka kenal, aku belum siasat. nanti-nanti aja hahaha.

bagi aku dia tidak bodoh, dia boleh buat. cuma dia malas. dia protes.
bila exam selalu tidur. nak nak penulisan. 
hadoii.

ustaz dia pernah tanya (ini cerita dia)
U: kakak kamu belajar mana?
O: UKM
U: abg kamu?
O: oh dia sekolah agama simpang 5
U: hishh kamu je yang nakal ya.

"peh perli baik punya dekat aku dohh" cerita dia pada kamu. aku gelak aja. hahaha.

SPM betul-betul dekat, aku doakan yang terbaik untuk dia. dia boleh buat, aku sangat pasti tentang itu.
semuanya terletak di tangan dia. 
jauh sudut hati selepas ini aku harap dia pilih jurusan yang tepat untuk dia, sebab dia bukanlah seorang yang rigid, dan dia suka mencipta.

" good luck bro. kita semua sedang belajar. aku pun selalu je kena perli dengan ummi. aku faham rasa ko. ko backup aku, aku backup ko k. nanti bila aku kerja dan ada kereta, aku janji kita dengan oab n uaib pergi keluar lepak sama-sama. anywhere bro. korang cakap je. sebab aku tahu lagi berapa tahun, berapa lama lagi masa yang kita semua ada untuk bersama. tak banyak sangat bilangan tahun tu. dah ada korang yang dah besar, kita semua boleh keluar enjoy sama-sama sampai malam weeehoooo!. all the best untuk SPM ko ya bro! pasni kalau ko mohon UPU ambik literature ke ape ke memang aku tumbuk ko. tak sesuai langsung dengan personaliti ko. yo bro, till then, papaii"

ohh ya. lupa pula. aku dengan dia sama-sama lahir bulan disember. dia 1hb, aku 11 hb.
jadi masa kecil, kalau majlis sambutan hari jadi, kami sambut sekali. hahaha ya, sudah tentu 1hb bukan 11hb.
patutlah sampai sekarang aku tak berharap sangat orang wish kat aku bila birthday.
baru aku teringat kenapa. ceittttt. untung ah ko bro. aku rasa kek hari jadi aku 10 hari lagi awal dow. haha.



 ini waktu overnight di hotel area Chow Kit. berapa bulan sebelum raya tidak silap aku.




siot, baju & topi sape la ko rembat an.

Family picture 2009.







ok. woww. panjang betul. aku rasa ini tak sampai separuh kisah kami.
huhu.

Monday, October 4, 2010

sasaran langit gagal

cubaan untuk mendapatkan gitar,
aku kira gagal untuk kali ini.
masalah kewangan pula timbul.
antara makan dan pelerai mendap, aku pilih makan.
sekarang, perut aku sensitif. tak makan, sakit. salah makan, pun sakit. makan tak makan pun sama sahaja.
makin lama makin teruk pula perutku. minum teh secawan pun mula memedih. kopi, nescafe apatah lagi.
kalau perut kosong, makan keropok atau benda bergoreng, ulu hati membakar.
sejak raya ia makin menjadi sakitnya. aku tahu bisanya tidak hilang lagi.
sampai sekarang. makan lambat sikit pun sudah pening satu badan.
selalunya sekarang, untuk redakan sedikit bisa perut, aku bancuh setengah cawan susu tepung, air penuh 3/4 cawan.
dahulu 2 minggu sekali aku bancuh pekat begitu. sekarang, lebih dari 3 kali seminggu.
aiii muaknya aku telan ubat. aku tidak tahu sakit yang ini sudah tahap berapa.
jumpa doktor pun aku sudah hafal alasan untuk minta ubat. (minta bila betul-betul terdesak)



tidak silap aku, sejak aku menyertai alam matrikulasi, semua ini menyerang.
mula dari perut, sampailah migrain.
tekanan ke? hah.
tak la, sakit rindu pada kepingan-kepingan hidup saya kot. makin jauh kami. ruang bertemu sangat terhad.
(banyak la kamu!)
dan sekarang, sejak zaman matrikulasi sehinggalah sekarang,

"aisyah! makin kurus kau sekarang"

"cengkungnya badan kau. macam orang sakit aku tengok"

"minah ni keding betul la"

semua aku dengar dari mak cik-mak cik dan saudara-mara bila kami bertemu.
ketara sangatkah perubahan badan aku?aku senyum sahaja. jawab,
"tekanan belajar tu cik"

dalam hati mahu gelak.
tekanan lah sangat
kenapa badan aku susut, aku pun tidak tahu.

yang aku tahu, jiwa aku makin hari makin sarat.
sarat weh.
di sini, aku kadang-kala lebih senang jalan seorang, dalam dunia aku.
aku senang juga tinggal di sini, pokok hijau merata. sejuk hati.
cuma, tu lah.. rindu lah. rindu untuk berkongsi cerita selalu.



get a life la weh!

boleh ke aku?entah. tengok aja. 
i'll follow the flow.

senyum plastik selalu. peace.

current task.

Tugas

Statistik dalam sekitaran- Dr ahmad Abas
Dateline: minggu ini

Statistik dalam sekitaran- Prof Shukor
Dateline: 5 Oktober

Laporan sains tanih (ciri kimia tanih) - Dr Sahibin
Dateline: 12 Oktober

Laporan GIS dan aktiviti makmal - Dr Mokhtar
Dateline: sebelum peperiksaan akhir

Ulasan 7 penyakit berjangkit - Cik Hani
Dateline: sebelum peperiksaan akhir

Isu persekitaran (hurai dan lapor) - Dr Talib
Dateline: sebelum peperiksaan akhir

Jurnal penyakit berjangkit (bentang) - Cik Hani
Dateline : 15 Oktober



Peperiksaan

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan  - Prof Ismail & Dr Talib
6 Oktober, 8pm - 930 pm.
(pertengahan)

Statistik dalam sekitaran - Prof Shukor
20 Oktober
(akhir. Prof ada perkara penting, kertas diawalkan.)

Akhir: 27 Oktober - 11 November



Kerja lapangan

Bukit Fraser (Sains Tanih)
8-10 Oktober

Pusat Penyelidikan UM, Gombak (Penyakit Berjangkit dalam Persekitaran)
15 - 17 Oktober





hai. biar saya senyum lebar dahulu.
hohhh.
kena kental ya! masa makin rapat dengan saya. banyak pula yang ada dalam senarai.
selagi boleh tenang, tenang aja. kalau menggila pun, di hujungnya sama sahaja.
tugas perlu siap dan dihantar.
dan kertas-kertas soalan akan dijawab.
jadi, selagi boleh tenang, tenang aja.
kalau menggila pun tak kemana.

tapi. . .
saya tak tahu nak cakap macam mana.
macam mana!
saya rindu kawan baik saya.
aku rasa berhadapan lebih elok. berbanding bertemu di alam maya.
lain. sangat lain.
if you read this, hey, i miss you. so much.
too obsessive, i guess.