saat masing2 tertekan.
hal yang tidak sama, tapi masing2 tertekan.
pada masa yang sama, yang tertekan itu perlu seorang lagi yang tertekan itu.
masa yang sama juga, yang tertekan itu mungkin menyakiti yang seorang lagi.
kondisi begini, memang emosi tidak stabil dan sensitif.
sensitif......
"da la malas nak layan.."
yang seorang lagi rasa sensitif bila dengar ayat itu,
tapi dia mengerti, mengapa ayat itu diucapkan.
keadaan si pengucap itu juga tertekan.
keadaan sahaja yang berbeza.
si tertekan amat mahu meredakan yang seorang lagi.
tapi dia tidak tahu bagaimana.
dia buntu.
buntu!
puas dicari.. tapi hati sendiri sedang sensitif..
tiba2.
dia sedang memberi ruang untuk hati merasai rasa sensitif itu.
hah.. nyata hati tidak pandai mengemudi.
selalu sahaja tersentuh.
walaupun benda yang kecil.
masalah bukan?
pada masa ini, dia sangat perlu yang seorang lagi.
sangat membayangkan jika ada yang seorang lagi.
ada yang seorang lagi yang beri kekuatan.
umpama hatinya yang kedua.
dia faham yang seorang lagi,
tapi yang merasa lebih rasa berbanding yang faham.
sebab yang faham tidak di dalam kasut yang merasa.
tapi percayalah, kefahaman itu sangat menjadi ubat.
dia sangat perlu yang seorang lagi. sangat perlu.
ada yang seorang lagi bisa melenyapkan separuh rasa tekanan.
kerna dia itu kekuatan.
kekuatan.
kekuatan.
kekuatan.
sangat perlu.
sangat perlu.
semangat yang seorang lagi.
yang seorang lagi mahu beri semangat.
mahu terima tidak?
terimalah, yang sensitif itu merayu.
mahu melutut.
mahu renung dalam mata yang seorang lagi.
terimalah.
terimalah.
yang sensitif mahu yang seorang lagi tahu,
yang sensitif sentiasa ada di sisi dia.
sentiasa.
mahu terima tidak?
semangat yang sensitif.
mungkin mulanya tidak sekuat mana.
tetapi ia bisa membesar.
yang sensitif sedang kurang sihat.
kepala juga didatangi migrain.
sama yang seorang lagi, kepala sedang berat kerana banyak berfikir di kepala.
yang sensitif mungkin tidak kuat pada fizikalnya,
mata kadang kala kabur,
badan tiba2 panas dan lemah,
tapi yang sensitif punya semangat.
yang dia harap boleh dikongsi dengan yang seorang lagi.
bajanya ialah percaya.
percaya pada apa?
.........
segalanya.
segalanya?
ya, berfikir, dan jawapannya pasti ditemui.
pasti.
yang sensitif cuma ada itu sahaja.. yang seorang lagi mahu tidak?
nyata yang sensitif perlu kekuatannya saat ini.
saat ini.
yang seorang lagi ada di sana atau tidak?
.....................
saat diucapkan, mata yang sensitif bergenang.
tidak tahu hendakk diluah apa.
yang dia tahu, dia perlu yang......
hmm.. sudah dibilang, yang sensitif itu sedang sensitif. dia bukan pengemudi hati yang baik buat masa ini.
No comments:
Post a Comment