Sunday, February 20, 2011

gadis kecil itu dan bibiknya.


dalam kalut, aku menuju ke dalam sebuah kedai.
orang pertama yang aku nampak, seorang wanita di hadapan kaunter bayaran.
diam tercegat.
terus otak mencerna.
"orang Indonesia nih"

kemudiannya aku bergerak menuju ke bahagian barangan jualan.
seusai memilih, aku menuju ke kaunter bayaran.
wanita itu masih di situ.
agak resah riaknya.

tiba-tiba seorang gadis kecil datang.
dari perawakan dan cara jalannya,
sudah dapat dilihat dia orangnya bagaimana.


aku lemparkan senyum.
wajahnya bertambah sombong.
menjeling sedikit.
hmm..tidak mengapa, dia masih kecil.
dia bayar barangnya dahulu.
aku masih senyum seorang.
setelah membayar, dia berpusing ke laluan keluar.

tinggggggg...
dua keping syilingnya jatuh. betul-betul di tepi kakinya.
"kutip!"
sebutnya kepada wanita tadi.
oh, bibik dia rupanya.
tapi...
sombong sungguh nadanya. lagak seperti wanita itu hamba dan dia yang berkuasa.
macam dia yang memberi makan wanita itu.

terus, terlukis juga sengih aku.
gadis kecil itu terus menuju ke pintu keluar kedai.
wanita itu pula mengutip syiling yang jatuh tadi, secara gegas.
takut diherdik kerana lambat pula nanti.

"leh tahan"
terkeluar dari mulut aku.


gadis kecil itu, pada perkiraan aku, berumur lingkungan 8-9 tahun.
wanita itu, pertama kali aku lihat dia, aku nampak keresahan, ketidakselesaan, takut juga ada.
melihat riak wajah gadis kecil itu, 
aku bagai dapat lihat bayangan dia di dalam rumah bagaimana.
hormat itu tiada.

biarlah, dia kerja apa pun.
biarlah, dia bibik kamu pun.
hormat itu kena ada.
dan dia bukan hamba kamu.
dia pembantu rumah. 
bukan tukang membuat segala kerja, hatta mengutip syiling di tepi kaki kamu pun.
aku rasa, mengutip syiling tersebut sangat di dalam kemampuan gadis kecil itu.
masih, disuruh bibiknya untuk mengutip.

dia kecil lagi, belajar dari dunia sekelilingnya, tanpa banyak tapisan akal.
mungkin, suatu masa nanti, gadis itu akan berubah pesonanya.
ditiupkan rasa hormat terhadap orang lain di dalam dirinya.
walau susah bagaimana pun hidup orang tersebut.

moga-moga.

4 comments: