Thursday, June 24, 2010

contact lens for free here.

aku cuba-cuba sahaja. ya aku memang rabun tapi tidaklah sampai tahap sehingga aku memerlukan contact lens. tapi, aku rasa tawaran ni tidak rugi untuk cuba. mungkin selepas ini aku perlu pakai contact lens. siapa tahu. my eyes worsen day to day. thanks for not wearing the glasses constantly.

aku mula pakai cermin mata pada hari pertama kuliah di matrikulasi.
aku mula sedar aku rabun beberapa minggu sebelum itu. mungkin disebabkan oleh habit aku yang suka membaca novel dalam keadaan malap (mahu feel kononnya).
tetapi, penyumbang besar pada masalah rabun aku sudah pasti disebabkan kerja aku sebagai data entrier selepas spm dulu.
dari pukul 8 am-5.30 pm mengahadap komputer. itu hari biasa. kalau overtime... hmm.
aku tak menghadap komputer hanya pada waktu makan, solat & ke tandas.
selebihnya duduk di atas kerusi itu.

hari pertama aku masuk kerja. damn! sakit kepala yang amat sangat. nak berjalan ke kantin untuk makan aku terhuyung hayang. loya. mata dan kepala sakit kerana terlalu lama menghadap skrin. dan sakit kepala itu berterusan selama seminggu.
hari ke hari mata aku tidak lagi cekap seperti dahulu. worsen.
menghadap komputer terlalu lama sangatlah memberi effect pada kepala.
otak sangat letih. selalunya aku sampai ke rumah pada pukul 7. selepas isyak aku sudah lelap.
letih walaupun hanya duduk sepanjang hari.

cukup pasal sejarah rabun aku.
aku check mata aku. ya ternyata rabun. kanan 70 kiri 50.
rendah kan power?
tetapi makin hari makin teruk. aku rasa aku perlu tambah power cermin mata aku.
di kuliah kadang kala aku tak mampu melihat dengan jelas. masalah.
tapi aku takut. aku tak bersedia untuk tahu berapa banyak power yang perlu ditambah.
tidak dapat terima kenyataan rasanya.

anyway, aku blog walking suatu hari.
dan terjumpa link ini.
http://freshlookilluminate.com/#/register

free daily lens for trial! aku daftar 25 mei. 10 jun di post ke alamat aku.
40 000 free lenses untuk trial. siap provide power.
aku rasa tarikh tutup dia semakin menghampiri.mungkin awal
julai.
cepat sebelum terlambat!
tak rugi untuk cuba!


buktinya:




aku tak pakai lagi. masuk kuliah nanti aku cuba. and then bagi feedback pada mereka.

2 comments: