Monday, May 31, 2010

be firm please.

patutnya aku kena yakin dengan setiap yang aku lakukan.
fikir jauh2 kemudian baru putuskan.
mungkin kau diberi kebenaran untuk itu ini.
yang sebenarnya kebenaran itu untuk diri kamu gembira, tetapi yang lain berasa susah.
kebenaran itu mungkin diberi, tetapi dengan berat, dan diselindung rasanya.
perkara begini yang perlu dihalusi.

kita bukan budak2 lagi,
yang merengek2 mahukan permainan yang mahal.
minta, kemudian dapat.
kamu senyum gembira dengan pemberian tersebut.
ibu kamu juga senyum.
tapi di dalam diri, tetap juga terlayang fikiran tentang baki belanja rumah yang telah berkurang.
ibu buat untuk kamu senang hati.
sesusah mana pun dia, dia tak sanggup melihat anak dia sedih.
dia bahagia bila anaknya bahagia.





besarkan hati ibu?


aku tidak firm dengan keputusan aku.
tidak fikir hal yang terselindung dalam masa yang singkat.
lantas setuju.
tapi, bila difikirkan kembali, sepanjang2nya, (tanpa asakan mahu pergi)
tiba2 semua datang menderu.
demi aku rasa pengalaman pahit manis di sana, di sini berasa terlebih pahit pula.
tiba2 terbayang dan teringat.
saat itu aku betul2 mahu hampuk kepala.

lambatnya aku.
baru nampak.
sedih, aku tak sampai hati.
biarlah...kalau umur aku panjang, aku akan rasa juga.
Tuhan itu Maha Adil...
yang selalu buat aku sebak, bila aku terkenang, Tuhan itu Maha Penyayang.
sungguh..Tuhan itu Maha Penyayang.
ya Rahim, sungguh kau masih lagi melihat aku yang hina ini ya Rahim.......

No comments:

Post a Comment