Monday, May 26, 2014

maafkan aku




maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang putih gebu kulitnya,
bisa memukau mata sesiapa yang memandang.

maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang ramping badannya,
yang bisa dipuji kerana susuknya.

maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang kemas dan berfesyen,
yang bisa menarik hati sesiapa sahaja.

maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang manis tutur bicaranya,
yang bisa mencairkan hati para pendengar.

maafkan aku,
kerana aku tak bisa menghilangkan rasa bosanmu,
yang bisa membuatmu lebih senang menghabiskan sepanjang masa dengan teman dan mobilmu.


maafkan aku,
kerana tak selalu ada di sampingmu sepanjang masa,
yang bisa melihat wajahmu setiap hari.


maafkan aku kerana,
aku hanyalah wanita yang ringkas,
tidak pandai berfesyen,
sering beremosi kebelakangan ini,
tidak kaya,
tidak petah bicara....

maafkan aku,
kerana aku hanya mempunyai rasa cinta untukmu,
dan kerana aku hanya mampu mempersembahkan hatiku untukmu..


aku bersyukur dianugerahkan perasaan ini terhadapmu..
tiadalah ragu tertumbuh di benak.


ketahuilah,
betapa hati aku meronta untuk melihatmu sehari-hari,
betapa, hati aku meronta untuk duduk di sisimu senantiasa.
 

dan aku berharap kau sentiasa mengidamkan aku,
wanita camping yang tak sempurna.




-aisyahothman-

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete