Wednesday, December 19, 2012

Tentang igauan ngeri yang hilang



sungguh,
dalam hidup ni kau memang tak boleh jangka.

2 bulan aku menanggung igauan ngeri
2 bulan.

selalu datang waktu aku berseorang,
waktu mata aku mahu lelap.

that was my very 1st time.
3 panels.
I feel I'm answering the questions like an idiot,
to be more accurate, I don't give intelligent answers to them.

genap aku umur 22 tahun,
si dia buka cerita.
mereka pernah mahu ambil aku.
cuma, bukan rezeki aku, 3 hari kemudian seorang calon datang.
maka mereka membuat keputusan untuk mengambil calon yang ini.
si dia bilang,
kami lebih kurang sahaja, tiada beza.
cuma dia ada point yang lebih sedikit dari aku.
adatlah, best man win.

aku.....
terkejut.
selama ini aku sangka akulah calon yang paling mereka tidak mahu dalam 9 yang datang hari itu.
dengan cara aku jawab dulu.
tak sangka.
hilang terus igauan ngeri aku.
lega.
hilang sudah bebanan perasaan aku.
sedih sedikit, tapi tak mengapa.
aku lebih kisahkan perkara yang lain.
sekurang-kurangnya aku sudah berusaha.
dan itu bukan rezeki aku.
dan yang paling penting, mereka pengalaman pertama aku.
yang tak mungkin aku lupa.

"thank you so much for this oppoturnity", I said before leaving the room.

thank you much sir, madam. 
thank you.

hidup ni memang kau tak boleh jangka.
yang penting usaha.
buat muka kering.
sebab sekurang-kurangnya kau dah buat.
dan nanti kau tak akan cakap "alah, kalaulah aku.....,kalaulah...."
aku lebih rela merasa sakit mencuba dari menanggung penyesalan.

aku bukan cakap kosong.
dalam banyak-banyak benda dalam hidup aku,
aku rasa perasaan yang paling sakit adalah penyesalan.
sakit dia.....
wa cakap lu, tak pernah hilang.
membusut, terkumpul dari zaman sekolah rendah sampai sekarang.


makanya,
aku bila mahu buat sesuatu,
aku buat aja.

aku tak nak rasa menyesal.

sakit dia bawa sampai mati.

No comments:

Post a Comment