apalah daifnya kau,
bila kau lihat roti di rumah sudah habis,
kau melalak bilang kebulur
sedangkan beras masih penuh satu tong.
kau tahu tak,
ramai lagi dekat luar nun,
setiap hari mengutip sisa makanan di kawasan sampah.
bau busuk hanyir mereka tidak kira
asalkan perut boleh diisi.
eh?
tak pernah nampak?
hmm.
carilah. tengoklah.
serius ah.
aku meluat tengok budak-budak manja yang tak boleh kurang benda satu pun.
No comments:
Post a Comment