Wednesday, May 30, 2012

tolong diri sendiri


tengok cermin, rasa kosong
bila duduk atas lantai bersila, rasa kosong juga

pandang atas, langit biru seolah senang
lupa pula kau ye,
keliling kau, kau tak mahu tengok kah?

okay.
okay.
*pandang keliling*

kenapa nampak ribut sangat ni?
semua orang resah memandang kau
kenapa kau rasa kosong lagi.
semua mahu tolong,
kenapa kau masih duduk berteleku lagi?

help yourself, please.


ahh....
tolonglah. bagi aku menangis dulu
aku pun sedih tengok keadaan macam ni.
menangis dulu, baru rasa resah tu timbul kot.

Wednesday, May 9, 2012


masuk dalam trek 100 meter.

pritttttt!! semua lari.

orang lain sudah jauh ke depan.

ehhhhh! aku terkedek-kedek di belakang.

tinggal aku merenung jauh bayang mereka.



jangan harap nak dengar aku mengeluh.