Tuesday, March 29, 2011

Kak Sumi saya

ruang pejabat telah  lengang dan aku sedang tunduk mengemas kertas.
toleh ke meja sebelah, Kak Sumi sedang  mengemas barang-barangnya.

"Aisyah, mari sini"

"It's your last day and I don't have anything to give you.  I found this in my closet."

dia hulur frame shiro petto kuning.

aku ambil. macam biasa, ekspresi  aku blur.

"You take care of yourself ya.. Further your study. Good luck dear you such a smart girl."

terus, dia cium pipi aku. kepalaku diusap lembut.

"you are like a daughter to me"

aku angguk perlahan. terkaku sebentar. ummi aku sendiri tidak pernah cium pipi aku bila umur aku sudah mejejak remaja.

"thank you Kak Sumi"

3 bulan aku di situ, menjadi pembantu dia.
penyabar, penyayang, mesra.

dengan dia kamu akan rasa selamat.
bagai dijaga.

waktu hujung  bulan, musim audit, dia ditimbun dengan kerja yang  sangat banyak.
meja dihempas.

aku hanya mampu melihat. tak pandai untuk mengalunkan kata-kata penenang.
tapi aku faham. setiap hari aku lihat perjalanan kerjanya. sangat banyak.
maka, aku tekad untuk membantu dia sedayanya.
dia banyak mengajar aku tika itu.
nasihat juga tidak pernah lekang dri bibir.

mana mungkin aku lupa Kak Sumi.

salah seorang yang mengajar aku tentang bagaimana untuk bekerja segigihnya.









"thank you, Kak Sumi. Aisyah tak lupa kakak. nasihat kakak Aisyah semat diam-diam dalam hati"

Monday, March 28, 2011

yuna



jatuh jadi milik aku
langsung tidak gagal membawa senyum aku
aku tukar dengan hadiah yang tidak seberapa 
dibalut dengan keikhlasan
kepada si junior, harap anda suka ya
terima kasih yang tak terhingga
akak sangat suka lagu bergenre sebegini
thanks a lot junior.





baru aku sedar.
aku suka terima hadiah rupanya.




aku susur semula masa-masa yang lepas.
sudah lama rupanya aku tidak terima hadiah.


pap! bingo.


padan lah gembira sangat bila dapat hadiah.
walaupun bertukar-tukar.





Sunday, March 27, 2011

heh, lembiknya aku.

sayu sendiri.
aku dibenci dan hingga kini, aku tidak kuat untuk mendekati.



sudah menitis berkali.
 aku benci menipu.
tapi sekarang aku dilabel penipu.
mungkin salah kedua belah pihak.
mungkin juga disebabkan keadaan.


sungguh, aku tidak kuat untuk mendekati.
tak mahu dihadiahkan perkataan benci lagi.
aku makin lemah dan aku hanya mampu menangis sahaja.


ptuihh!
meluat dengan jiwa aku yang semakin hari semakin lemah.
kentalnya sudah hilang ke mana.


yang lahir sekarang hanyalah wajah plastik.







aku dengar lagu sejiwa dan sangsi asmara berulang kali.
sambil bayangkan dia.
sejiwa, pernah dituju untuk aku.
sangsi asmara, perihal hati aku.



sudah, sedih pula datang.

heh, lebih baik aku selubung dalam selimut sambil sembam muka ke bantal sekarang.

Tuesday, March 15, 2011

nama pun sampah

untuk paparan minda korang. tekan PLAY.







good job! funny.
tahniah ya saudara.

wondering, bila pula aku mahu buat sesuatu mengenai environmental awareness?

I'm going to hold a Bsc (hons) in Environmental Science, but yet, no action taken for me to apply my knowledge.

hey kamu, cepat bertindak!

kalian, kebersihan sampah adalah tanggungjawab bersama.
kamu buat sedikit, nanti semua akan kena.

ingat,
"what you did, you'll get back!"


oh, jangan lupa perkataan ini juga.
"domino effect"

susun domino ikut bentuk. seorang buat spoil, habis rosak susunan-susunan domino.



heh, spoil.

Sunday, March 13, 2011

susah senang, sama-sama.

waktu senang, waktu susah, kita patut sama-sama.
going through thick and thin.

rezeki, di tangan tuhan.
sentiasa ingat Dia, sentiasa fikir Dia, sentiasa berdoa pada Dia,
Insyaallah, Dia permudahkan segala.
Insyaallah............
Tuhan kita sangat rindu mendengar kita berdoa kepadaNya.
pemurahnya Dia..
Sesungguhnya Dia betul-betul Ar-Rahman,Ar-Rahim.
sungguh-sungguh Ar-Rahman,Ar-Rahim...

Ya Tuhan, permurahkanlah rezeki kami.

Wednesday, March 9, 2011

tulislah!

hati sentiasa menggesa untuk mencoret.


bila mahu, otak terbejat.

aku mencoret, mencurah rasa dari dalam diri aku.
rasa sekarang tidak cukup untuk aku tuangkan, jika aku mencoret juga, aku tidak akan puas.

tidak puas menulis.
kalian yang menulis pasti faham rasanya bagaimana.


moga-moga, ilhamku pantas datang.