Thursday, March 25, 2010

kg pos perwor

aku tak terkata.
pengalaman ini adalah yang pertama buat aku..
tetapi bagi aku sangat berharga.. Segala puji buatmu Tuhan..Kau takdirkan aku untuk melalui perasaan ini..

walaupun ini adalah praktikal untuk kursus khidmat masyarakat kami (ko-k),
tapi aku tidak merasakannya ianya adalah hanya praktikal.
ini adalah projek kami,, projek set kami..
yang mewakili nama ukm..

dalam kalangan kami, kebanyakannya sudah berumur 20 tahun ke atas,,
majoriti 21-23, ada juga yang berumur 24 tahun.
yang lahir pada 1990 boleh dikira hanya belasan.
tapi itu bukan halangan untuk kami sama2 bekerja.
masuk ke kampung orang asli itu mengambil masa hampir 2 jam.
2 jam di dalam land rover,, jalan penuh berdebu.
sangat berdebu. kamu umpama dapat bedak percuma dari alam huhu..



habuk dalam gambar ni hanya sedikit.

sampai2 sahaja kami semua bergegas bergerak ke tugasan masing2,
waktu itu masa sudah lambat.
lagi 40 minit untuk perasmian,, jadi semua harus dilakukan dengan pantas.
aku di bawah pos kesihatan kanak2.

haha bekerja dengan kanak2 sangat seronok bukan.
kerja aku menyapu ubat kutu.. majoriti dari mereka punya kutu..
yang paling aku terkejut, kanak2 yang hampir tiada rambut pun dijangkiti!
woah, kutu, lu manyak advance oo..

kami semua pakai labcoat,
sehinggakan orang2 asli di sana menyangka kami pasukan doktor dari ipoh..
:)


keseluruhannya, kami mendapat pujian dari pihak adun dan juga pegawai dari Jabatan Hal hwal Orang Asli..
Dr. Lukman juga berpuas hati dengan kami, memandangkan sebelum praktikal ini prestasi kami
membimbangkan beliau.
terima kasih dr. kerana memberi kami peluang ini,, saya akan selalu ingat pesan dr, apa2 pun, cool sahaja. cari jalan penyelesaian cepat2.
penginapan kami juga amat selesa.
selepas hari sabtu kami bersantai di tepi sungai perak.
sangat tenang,, aku hampir tidak mahu pulang.
suasana di sana sangat nyaman.. bikin aku hampir lupa akan masalah aku.

aku kagum dengan mereka2 di dalam set aku.
mereka mengajar aku erti kerjasama seperti di dalam keluarga,,
mereka juga membuka mata aku sedikit sebanyak mengenai pengurusan program.
yeah, orang2 seperti kalian aku doakan semoga berjaya di alam kerjaya.
u guys are so talented!!

akak bergambar ngan korang, tapi akak lak yang xpandang kamera.. =)

kami semua bergambar dengan sebilangan orang asli..

hai, kami doktor kutu.. =)


hari ahad hari santai, kami berakit dan berenang di sungai perak.


sebelum pulang ke penginapan pada hari sabtu, aku terjumpa pokok ni. bagi aku ia sangat unik.
xpernah aku jumpa pokok yang bunganya berbentuk bintang. yeah macam starfruit.
sesiapa, tahu tak ini pokok spesies apa?? saya mahu tahu..


pemandangan petang di tebing sungai perak. kali pertama aku sampai di sini aku terpukau.
waktu kepala sedang serabut, hati tengah menangis, aku duduk di tepi bangku.
lega, walaupun ada kalanya aku terfikir untuk terjun sahaja ke dalam sungai.



zazz..

7 comments:

  1. bkn kat sg perak ni ade line ke??
    abg pnah g sni dlu sme blik dr gunung ledang...

    ReplyDelete
  2. kanda: kat kem intan suraya ni xde line maxis.
    line celcom je ade..
    kat kg pos perwor sume line xde..
    nini: ape yg sweet?aku ke?hihi =D

    ReplyDelete
  3. cah, naem ade blog ke?? nk tengok.
    bout ur experisnce, mmg best. bkn sng nk dpt tu.

    ReplyDelete
  4. kak ngah: tq kak ngah! =p
    kanda: ada, tp kn da lame xtopup.
    kin: naim xde blog,,id yg ni guna akaun mail.
    ya pnglmn tu sngt berharga,sbb kite x
    ntah bila leh buat mcm ni lg.
    kite sangat hargainya..

    ReplyDelete