Tuesday, February 2, 2010

kelas siang tadi. T_T

lokasi: dk130 bb (bangunan biologi)
waktu: between 9-10 am
kelas: mikrobial diversity
pensyarah: Dr. Nazlina


ketika itu satu kelas, yang kapasitinya lebih 80 orang, termasuk pelajar2 tahun 3.
perbincangan tutorial.

"ok soalan ni,berapa banyak jumlah virus,approximately, dalam 1mm?"

ramai menjawab.. "C.. 20,000.."

Dr: ok, it's true.. but why 20,000? you guys have done the tutorial, so you should know..

...................
senyap


Dr. tunggu..

Dr:ok cepatla, jangan buang masa.. takkan semua saya nak bagi kamu.. cepatla, kamu dah buat mesti ada jawapan. simple je soalan ni.
(menggaru kepalanya pada mulanya kerana tiada siapa yang jawab)

pelajar2 diam dan menyelak2 nota.

Dr: cepatla, apa jawapan dia. (kemudian ke sebelah kanan dewan kuliah)

pelajar bertudung biru: errrr.. virus saiz dia lebih kurang 0.5mikrometer..eh eh..mikromilimeter..eh! mikrometer. jadi darab 20,000 jd la 1mm.
(berekspresi blur, sambil tersengih sedikit kerana tahu dia merepek)

tetap pada jawapan mikrometer setelah rakan kuliah lain menyampuk menjawab "mikrometer", setelah perasan akan blurnya rakan mereka dalam menjawab.

suara perlahan, bnyk kali minta diulang oleh Dr.

Dr:??? (mencebik sedikit,ekspresinya seperti "apa budak ni merepek,selama ni apa dia faham dalam kelas")

Dr. kemudian berlalu ke tengah semula dan menjawab,
"ok, kita lihat dari segi kepanjangan virus, dimana saiznya adalah antara 20nm hingga 200nm setiap satu.jadi jumlah virus dalam 1mm adalah lebih kurang 20,000. kamu jangan harap saya bagi sahaja jawapan pada kamu.. kami sudah bagi syllabust, tak semua ada di dalam kuliah. cari sendiri yang lebih."

ujar pelajar bertudung biru dalam hati,
"aiseyhh salah siot jawapan. merepek giler kot!bapak besar saiz virus aku cakap tadi. tu saiz bakteria laaa.."

tertunduk sedikit, pandang rakan sebelah.
rakan sebelah: tak pe tak pe,sekurang2nya mencuba. (sambil memberi senyuman yang manis)

dalam hati pelajar:aduh kalau mencuba pun boleh tak aku bagi yang munasabah sikit??wuaaaa.
tak pe tak pe, ko belajar..(pujuk hati)

detik seterusnya dia tersenyum, rasa malu, kelakar tercalit di jiwa

kelas bersambung seperti biasa.
....................................................................................

aku tidak siap tutorial itu pun, kerana aku baru dapat soalan itu pada malam tadi.
malangnya hari itu aku terlalu letih, tidak mampu berfikir.
esok pagi aku cuba buat, tapi aku masih tak dapat berfikir, aku jadi lupa sebentar segala yang aku belajar.
sepatutnya aku baca dahulu apa yg patut, supaya ada idea tentang apa yang berlaku di kelas.

aku completely blur dalam kelas, berlagak seperti aku siap, padahal kertas itu kosong tiada jawapan.

hahaha. sudah tahu blur, ada hati mahu jawab soalan. haha.
kelakarnya.


Dr.. Dr jangan marah saya ya, dan maaf kerana merepek tadi.
hari ni kita sedondon, berbaju dan bertudung biru.
saya sukeeee.hehehe. (cover segan pada doktor huhu)

4 comments:

  1. so then 'pljr b'tudung biru tu aisyah larr ea??'
    betul kan that is u.
    hahaha.... =')

    ReplyDelete
  2. hahaha mmg tu kite..
    kite geram xde sape yg nk jawab,
    padahal dr. tu da desak bnyk kali..
    selagi xde org jwb selagi tu die desak..
    lantak ah blur pn blur la.. hehe..
    mmg siot la time tu @_@

    ReplyDelete
  3. bukan siot. but precious time i know. yelah, lect dah desak2 mintak jwpn. but then sume org diam membisu. klw kite pown bengang. coz bnde yg dah diajar. bile mintak jwpn tak der sape jwb. lebih baek kite yg jwb evev blur. mmg geram if ade classemates yg cmtu.

    ReplyDelete