Sunday, May 22, 2011

ada benda yang aku fikir.




hidup, jangan bagi banyak alasan.
sekali-sekala keluarlah dari zon selesa.
lalui je.baru dapat rasa rempahnya.
ya?

hidup, jangan cakap buruk pasal orang.
kita bukan bagus sangat.
jangan senang melabel orang begitu dan begini.
tutup aja aib mereka.
siapa kita untuk melakukan semua itu?
ada sebab yang sekian-sekian berbuat itu dan ini.
jangan buat.




aku tak suka.
aku tak suka.
aku sangat tak suka.
elakkan dari jadi begini ya.
mudah-mudahan kita semua boleh.
aminnnn.


Tuesday, May 3, 2011

hai, selamat pagi 3 Mei.



pukul 6 lepas  subuh sudah keluar.
naik ktm menuju ukm.
perjalanan  hampir  1jam 40minit.
sampai di Bangi, hujan sedang lebat.
"ah, payung tiada pula. redah aja lah"

tidak berapa kuyup.
tetapi cukup membuat aku menggigil  bila terkena angin sejuk.
lagi-lagi di bawah aircond.
aku di library sekarang.
persoalan,
adakah aircond ini memang rendah suhunya atau aku yang terlalu basah?
badan rasa tidak enak.
tidur pun tidak mahu.pening.
alahai...
aku sedang tunggu pukul 3.
mahu ketemu sama pensyarah tesis.
aku cuma perlu
bertahan
untuk sedikit jam lagi.
uiiiiiii

sejuklah wei.
(-.-)