Friday, April 2, 2010

laptop saya sudah kronik

skrin laptop saya bukan takat kelip2 lagi,
dia sudah bertukar jadi colour hijau ungu hijau ungu..
susunan skrin sudah lari..
cursor tiada respon..
tiada makna pun jika saya buka dia.
dia sakit, mana boleh bekerja untuk saya.
maaf laptop, selama ini awak bekerja kuat untuk saya.
laptop saya sudah betul2 kronik.
saya betul2 perlu bawa dia jumpa doktor.


saya menulis di sini atas ehsan kawan saya,
beri saya peluang untuk online sebentar.
selepas ini saya mungkin tidak akan online dalam masa yang lama.
selama mana,,tidak pasti..
selagi tidak ketemu sama doktor, selagi itu saya tidak online.
huuuuu hikmahnya mungkin mahu saya fokus betul2 waktu study week ini.

selamat tinggal dunia sesawang.
saya hilang sebentar.
talian telefon pun aku tiada, poket kosong langsung untuk topup.
sayonara sebentar.....


offline.

pilihan semua di tangan kamu..

kita semua selalu dibentangkan pilihan.
ikut suka kamu, mahu tuju ke hala yang mana.
ke mana-mana.
baik atau buruk,
aku rasa kita semua tidak sebegitu bendul untuk salah menilai.
semua tahu apa yang dia mahu buat dalam masa yang ada..kan?
cuma ikut suka, mahu tuju yang mana.
sama ada itu cela, itu bagus, itu buruk, itu cantik, itu rongak, itu wangi, itu ini itu ini..
kamu sudah cukup upaya untuk tentukannya.
cukup tahu.
jatuh atau duduknya kamu adalah di atas tangan kamu sendiri.
setiap gerak laku kamu, kamu yang mahu.
kamu garu lengan, sebab kamu yang mahu garu, kan?

maaf jika merepek..
aku cuma mahu bisik,
jangan salahkan siapa2 atas keputusan kamu..
kamu sendiri yang tentukan..
dan jangan buat sesuatu yang kamu tidak mahu, yang kamu tahu benda itu busuk, buruk.
jangan.
aku pernah rasa.
ikut sahaja mana yang baik..
aku pernah rasa.
dan aku benci melakukan cela sebenarnya.

diri kamu, kamu sendiri yang gerakkan.
sila pilih yang terbaik untuk diri kamu..
kerana itulah hadiah yang paling bermakna, dari kamu untuk diri kamu,
yang sebenarnya..

sayang diri kamu......