Wednesday, November 21, 2012



Kadangkala,
bila sudah begini.

diam-diam aku mahu lihat kau baring di riba
dan tangan aku diam-diam mahu usap lembut rambutmu..
dan, diam-diam aku angan, kau adu semuanya pada aku.

aku mungkin tak mampu berkata manis
aku bukanlah penasihat yang baik
dan kehadiran aku mungkin tidak mampu membantu satu apa pun.

tapi sayang,
aku mahu kau tahu
betapa aku mahu ada di sisi kamu.

saat kau jatuh terduduk
saat kau menangis hiba
saat kau melolong sakit di dalam hati.

aku tak betah melihat hatimu remuk sayangku.
tak betah.

kerna sudah terlalu lama kita menikmati perasaan yang sama
sehingga sakit yang ini pun aku dapat rasa.


aku sudah bilang sama kau, beberapa tahun yang dahulu.
dan aku tak pernah jemu untuk mengulang ungkapan yang sama:

"susah senang, kita sama-sama"

susah...
senang.....
kita....
sama-sama.......


sebak aku jadinya.

No comments:

Post a Comment