Sunday, February 13, 2011

needed?


I like to feel that I'm needed.


but.
right now.
am I needed?
I'm not sure.
perhaps not
:(

buat masa ini.

kalau ditambah dengan mimpi malam tadi, dah  masuk hari ketiga saya mimpi awak.
dalam kesemua mimpi, saya nampak penuh muka awak.
tapi awak jarang perasan saya.
kalau awak perasan saya pun, saya tak disapa.

mungkin, sebab kebelakangan ini saya terlalu fikir awak dengan kerap kot.
apa khabar awak, apa awak buat hari ni, awak ok ke tak.
semua saya fikir
kadang-kadang sayu juga saya.
berair mata tapi saya cepat-cepat kesat.
saya tak nak orang lain nampak saya menangis.
awak seorang je yang pernah lihat saya meleleh macam tu.
rindu, tak payah cakaplah wak.
banyak mana pun rasa tu, saya tetap tunggu awak.
saya tak berani nak telefon awak.
saya takut awak tak suka. takut awak rasa terganggu.

hari-hari saya pegang cat eyes,
macam selalu :)
biar saya rasa awak ada dengan saya.
kadang-kadang tanpa sedar saya sebut nama awak.
nasib baik saya ada cat eyes ni.




buat masa ini,
saya rasa saya akan mimpi awak lagi pada malam-malam seterusnya.

Wednesday, February 9, 2011

selamat malam cinta

"selamat malam cinta''
bisik ke telinga. melebarkan senyum aku.
memori.



huhhhh. aku cuba kuat. aku cuba kuat...



9 Februari 2011.

kedua telapak tangan aku sudah mula sakit dan pedih.
nanah keluar tanpa sedar. perlu sentiasa sedia dengan kapas.
jari sukar dibengkok.
hampir setiap malam terjaga dek tangan yang rasa gatalnya tiba2 menggila.
hari ini, aku bangun. badan rasa agak lemah sedikit. aku seperti hendak demam.
bisa tangan datang pula. dahulu selalunya belah kiri sahaja. hari ini kiri dan kanan.
2 hari lepas aku sudah rasakan kesakitan untuk menulis pada tangan sebelah kanan.
hari ini... hilang mood aku untuk ke kelas. tangan berdenyut-denyut.
ini yang pertama, untuk aku putus asa datang ke kelas. 3 kelas berturut-turut. aku bulat hati.
aku tahu aku tidak akan boleh fokus dalam kelas. untuk menulis... agak sukar sedikit.
dan untuk tahan denyut dalam kelas... aku tak mampu.
aku tahu aku tak mampu. sejak dua hari lepas bila denyut datang di dalam kelas.. ia mengganggu aku.
hehh. aku putus asa untuk ke kelas hari ini.
bekalan ubat dari doktor kedua sudah habis. it's getting worse, not better.
aku ke pusat kesihatan kampus pula.

masuk ke bilik doktor, aku cuba menarik senyum.
pagi itu sememangnya menarik mood aku. sakit mendominasi aku.
doktor lihat kedua tangan aku.
dia kelihatan simpati.

doctor: "when was this happen?"
"about week ago"
"the previous doctor at my area said it caused by allergic to paint or whatever. he does not specify."

doctor: "no it is not paint allergy. Are you sensitive to detergent?"
"no.."
tak pernah dalam seumur hidup aku. selama ini guna sabun untuk apa2 hal tiada apa2 yang berlaku.


doctor: "Ok, i'll give you antibiotics, antifungal cream, ubat antigatal and antiseptic. We don't know what's the cause of this. It is from inside the body. Try this medicines first, and come to see me again this friday evening. We will figure what is the cause after you use the medicines."
"thank you.."


ringkasan sahaja sebenarnya.
aku ingat aku kena hand ezecma.
pertumbuhan vesicle di telapak kanan aku makin nampak. mula memberi impak gatal dan pedih. tangan kiri aku sudah mula didominasi olehnya. aktifnya. jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri sudah lain bentuknya. tidak boleh dibengkokkan.
janganlah tangan kanan aku jadi serupa itu. sangat sukar untuk aku membuat segala kerja nanti.
agak geli juga jikalau diperhatikan kedua tapak tangan aku.
moga segala dipermudahkan. sejujurnya aku sudah putus asa sedikit. aku langsung tidak memotivasikan diri aku.
sabar. sabar itu indah.......




kamu, elok2 ya.
walau di mana kamu berada.

Sunday, January 30, 2011

pagi di tepi pantai.

currently, di Cherating. dekat aja dengan Kemaman.



pagi2.. aku  turun ke bawah.
menuju ke pantai.
hujan renyai2, dan ombak menggila.
aku makin dekat.

bila makin hampir, tiba2 aku rasa kesal..
"kenapa tak bawa selipar aja ke mari?mudah untuk bergerak."

sayang pula pada sandal aku yang ini. takut rosak dek air laut.
aku jalan tepi2 aja.
dalam dunia aku.

aku panjat  tempat  tinggi,
renung jauh ke laut.
angin kencang benar. titis hujan makin lama makin kasar.
aku senang begitu.
aku depangkan tangan.
huhhhhh. kotak ingatan tetap terbuka.
tidak mengapa, aku rasa indah memikirkan dia.


lama di tempat tinggi, aku  turun semula menuju ke pantai.
tiada siapa pun di  sana.
hujan masih belum berhenti.
aku kutip kayu..tulis nama aku atas pasir..
undur bertapak-tapak ke belakang, kemudian tulis......... :)

angin masih lagi kencang.
aku menyanyi -nyanyi sambil berjalan.
kemudian teriak nama......... :)

sudah lama rasanya tidak dihempas angin dan ditimpa hujan di tepi pantai.
ombak sedang gila.
nasib tidak pakai selipar. kalau tidak, sudah lama aku bermain dengan ombak.
rindu.


ahh. sukanya aku dengan pantai.


lagi senang bila begini, berseorang di dalam dunia aku sendiri.
mencuba untuk kuat.
oh, cat eyes ada dengan aku. tidaklah aku sunyi sangat.



hey, kalau mahu bermain ombak di pantai timur, jangan datang pada awal tahun.
hujan.
:)