Saturday, October 19, 2013

yang membuat aku terkedu



suatu pagi, ummi tiba-tiba bersuara:

"aku ni da tak lama da ni.. badan aku semua da jatuh, pipi, perut, pinggang... susuk badan aku sekarang serupa macam jenazah arwah nenek kau dulu"


terdiam aku.

tak tahu mahu respon apa..

sebab, aku tak dapat bayang dunia aku tanpa ummi.

Monday, July 29, 2013

Travel



hai.

lamanya aku sepi.

rindu setengah mati dengan kertas coret.
laptop rosak, patah mood aku nak update.


fikir punya fikir,

aku rasa ini tahun aku mahu mula travel.

hey,
jom ikut aku.

Saturday, May 25, 2013


bila dimanja,
makin berani pula ya.


harap-harap jangan lupa,
kita semua ada batas.

Sunday, April 28, 2013



hati meronta.
dan aku berdoa dan berserah.

Sunday, January 20, 2013

macam selalu


macam selalu
kita jumpa kejap-kejap
fikir sampai bingung
dan yang dituju,
kedai mamak juga macam selalu

kita akan minum satu cawan air
makan-makan jarang sekali
macam selalu

diam-diam masing-masing hirup air sendiri
mencuri pandang sekali sekala
dan diam-diam, aku senyum dalam hati

macam selalu,
kita tidak rancak berbicara
hanya diam yang memenuhi ruang.

but who cares,
I know action speak louder than words.

macam selalu, momen ini kejap,
tapi buat aku mimpi lama.