Monday, May 26, 2014

maafkan aku




maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang putih gebu kulitnya,
bisa memukau mata sesiapa yang memandang.

maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang ramping badannya,
yang bisa dipuji kerana susuknya.

maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang kemas dan berfesyen,
yang bisa menarik hati sesiapa sahaja.

maafkan aku,
kerana aku bukanlah wanita yang manis tutur bicaranya,
yang bisa mencairkan hati para pendengar.

maafkan aku,
kerana aku tak bisa menghilangkan rasa bosanmu,
yang bisa membuatmu lebih senang menghabiskan sepanjang masa dengan teman dan mobilmu.


maafkan aku,
kerana tak selalu ada di sampingmu sepanjang masa,
yang bisa melihat wajahmu setiap hari.


maafkan aku kerana,
aku hanyalah wanita yang ringkas,
tidak pandai berfesyen,
sering beremosi kebelakangan ini,
tidak kaya,
tidak petah bicara....

maafkan aku,
kerana aku hanya mempunyai rasa cinta untukmu,
dan kerana aku hanya mampu mempersembahkan hatiku untukmu..


aku bersyukur dianugerahkan perasaan ini terhadapmu..
tiadalah ragu tertumbuh di benak.


ketahuilah,
betapa hati aku meronta untuk melihatmu sehari-hari,
betapa, hati aku meronta untuk duduk di sisimu senantiasa.
 

dan aku berharap kau sentiasa mengidamkan aku,
wanita camping yang tak sempurna.




-aisyahothman-

Wednesday, May 14, 2014



hai kanda.

saya sayang awak.
saya terlalu sayang awak.

:)





hati sakit dirobek.

heh, aku hampir menuju umur 24 tahun.
makin lama makin kerap soalan,
"bila nak kahwin??"

robek hati aku.
nak je aku jawab, "esok weh!"
kalau dah boleh kahwin awal, aku dan N kahwin.
peluang terbuka luas!!
kecuali tang........
tang belah mak ayah aku.

macam-macam syarat diberikan.
nak gugur jantung aku baca.

dalam hati aku,
"Ya Allah.... dah ada seorang lelaki yang baik hati nak masuk meminang..mudahkanlah urusannya..."

"kau dah istikharah ke?"
"dah..akak nampak dia."


aku senyum bahagia dalam hati.

Thursday, March 20, 2014

hai



2014


aku di sini.

mahu mengadu.

tolong... kejutkan aku.
aku sudah hilang arah tuju........